Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.té] | ساتي

Definisi : (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah); ~ ayam (kambing) sate drpd daging ayam (kambing); menyate 1. membuat sate; 2. = memper-sate ki, bp melakukan perpecahan (pd sesuatu persatuan dll); persatean ki, bp perpecahan (pertubuhan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.té] | ساتي

Definisi : /saté/ hirisan daging yg dicucuk pd lidi dan dibakar (dimakan dgn kuah): ~ ayam; ~ kambing. menyate membuat sate. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sate


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATE

SATE, makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang.  Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam.

BUDAYAMakanan
SAMBAL

SAMBAL,  makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili.  Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah.  Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat,  sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari.  Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas