ARTHUR, KING | Arthur, King ialah raja legenda pada zaman pertengahan Britain. Dia menjadi watak utama dalam beberapa buah kisah yang paling popular dalam kesusasteraan dunia. Selama hampir 1000 tahun para pengarang telah menceritakan tindakan berani Arthur dan petualangan sateria-sateria Meja Bulatnya (Round Table). | UMUM | |
SAMURAI | Samurai ialah kelas sateria yang diwarisi dari zaman Jepun feudal. Istilah ini asalnya digunakan hanya kepada pengawal diraja. Selepas sistem feudal muncul, istilah ini digunakan untuk seluruh kelas tentera. Kelas ini meliputi sateria samurai, bangsawan feudal yang dikenali sebagai daimyo atau daimio dan shogun. Lebih kurang lima orang daripada setiap 100 orang Jepun tergolong dalam kumpulan ini. | UMUM | |
KUDA | Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang paling pantas dan yang paling pasti untuk mengembara di darat. Pemburu yang menunggang kuda mengejar haiwan dan membunuhnya untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria Zaman Pertengahan menyerang dengan menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka Eropah menggunakan kuda semasa mereka menjajah Afrika, Amerika dan India. | UMUM | |
DARJAH KEBESARAN GARTER | Darjah Kebesaran Garter ialah darjah pangkat sateria yang tertinggi dan tertua di Great Britain. Ia diasaskan pada tahun 1349 oleh King Edward III. Mengikut legenda semasa King Edward sedang menari dengan Countess of Salisbury di majlis tari-menari yang besar, wanita itu terjatuh getah cerutnya. Tatkala dia memungut dan menyerahkan getah cerut itu kepada wanita tersebut, dia terpandang beberapa orang tersenyum dan menyindirnya. Tindakan ini membuat dia murka, lalu bertitah dalam bahasa Perancis yang bererti “Menyesallah sesiapa yang memperkecilkan benda ini”. Tambahnya lagi, dia akan menjadikan getah cerut itu “begitu mulia sehingga setiap orang mahu memakainya”. | UMUM | |
SARUNG TANGAN BESI | Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang bersambung antara satu dengan yang lain). Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan besi digunakan sehingga tahun 1600-an. | UMUM | |
BUSHIDO | Bushido, perkataan Jepun yang bermaksud sateria atau samurai pada zaman feudal Jepun. Penggunaan perkataan bushido bermula pada abad ke-16, iaitu ketika era pemerintahan Kamakura (1192-1573). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PANGERAN BENDAHARA | PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca. Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil). Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa. Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32). Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |