Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun 1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi anugerah itu kerana usahanya mengehadkan penyebaran senjata nuklear. |