NEWTON | Newton unit dalam sistem metrik yang digunakan untuk mengukur tenaga. Simbolnya N. Satu newton ialah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan atau mengurangkan halaju satu kilogram objek kali satu meter sesaat setiap saat. Jumlah newton yang diperlukan untuk memecutkan objek dapat dikira dengan menggunakan formula F = ma. Jisim ( m ) suatu objek dalam kilogram didarab dengan gerakan ( a ) dalam meter sesaat persegi untuk menentukan tenaga ( F ). Unit newton diberi nama bersempena dengan nama ahli sains Inggeris Sir Isaac Newton. Lihat juga Pascal. | UMUM | |
TAHUN LOMPAT | Tahun lompat, mempunyai 366 hari atau lebih satu hari berbanding dengan satu tahun biasa. Tahun lompat berlaku setiap empat tahun sekali kecuali tahun yang menandakan ratus yang genap misalnya 1500. Satu-satunya tahun kurun yang merupakan tahun lompat ialah tahun yang boleh dibahagikan secara genap dengan 400, seperti tahun 1600 dan 2000. Tahun lompat ditambahkan kepada kalendar untuk menjadikan tahun kalendar hampir sama seperti tahun suria, iaitu masa yang diambil untuk matahari melepasi garisan ekuinoks musim bunga sebanyak dua kali. Hari yang berlebihan itu ditambah pada penghujung bulan Februari iaitu 29 Februari, sekali setiap empat tahun. Lihat Tahun . | UMUM | |
ROOSEVELT, FRANKLIN DELANO | Roosevelt, Franklin Delano (1882–1945) adalah satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang dipilih sebanyak empat kali. Dia berkhidmat sebagai presiden selama lebih 12 tahun, dari tahun 1933 hingga tahun 1945, lebih lama daripada orang lain. Dia meninggal dunia 83 hari selepas menjadi presiden untuk kali keempat. | UMUM | |
ASBUT | Asbut ialah satu bentuk pencemaran udara. Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1905 untuk menerangkan gabungan asap dan kabut tebal yang kadangkala menyelubungi London serta bandar raya lain di United Kingdom. Kini, asbut juga merujuk kepada keadaan yang disebabkan oleh tindakan cahaya matahari pada gas ekzos daripada kenderaan bermotor dan kilang. Asbut jenis ini kadangkala dikenal sebagai asbut fotokimia . | UMUM | |
TEROWONG FRÉJUS | Terowong Fréjus ialah dua terowong – satu terowong bagi kereta api dan satu lagi terowong jalan raya yang menghubungkan wilayah Turin di Itali dengan wilayah Savoy di Perancis. Terowong ini merentasi Puncak Fréjus di Pergunungan Alps. Terowong kereta api yang dibina antara tahun 1857 dan tahun 1871, ialah terowong pertama merentasi Banjaran Alps. Alat penggerudi dan pemampat udara digunakan pertama kali dalam pembinaan terowong ini. Panjang terowong kereta api ini ialah 13.7 kilometer. Pada mulanya ia dikenali sebagai Terowong Gunung Cenis, iaitu sempena nama tempat kereta api ini dibina. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun 1980 dan panjangnya 13 kilometer. | UMUM | |
RONDO | Rondo ialah satu bentuk gubahan muzik, di mana bahagian utama atau temanya, diulang sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dalam nada yang sama. | UMUM | |
ATOM | Atom adalah salah satu daripada unit asas jirim. Segala-segala di sekeliling kita terbina daripada atom. Atom sangat halus – sejuta kali lebih halus daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling halus yang boleh dilihat di bawah mikroskop biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion atom. | UMUM | |
ARMSTRONG, HENRY JACKSON, JNR. | Armstrong, Henry Jackson, Jnr. (1912–1988) ialah satu-satunya peninju yang telah merangkul tiga gelaran kejohanan dunia pada satu masa. Armstrong, warga Amerika yang memenangi gelaran featherweight pada tahun 1937, dan welterweight dan lightweight pada tahun 1938. Dia menguasai bahagian welterweight dan berjaya mempertahankan gelarannya sebanyak 19 kali. Pada bulan Oktober 1939, gaya serangannya yang bertubi-tubi serta kecergasannya yang tinggi telah mengakhiri lima cabaran yang berasingan empat daripada pencabarnya tumbang dengan pukulan knock-out. Dia kehilangan gelaran tahun 1940. | UMUM | |
PUNCA KUASA TIGA | Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga nombor yang lain (n). Oleh itu, m X m X m = n. Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana 2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi –5 ialah –125, kerana –5 X –5 X –5 = –125. Nombor nyata hanya mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu nombor positif atau nombor negatif, bergantung pada sama ada nombor yang diberikan itu positif atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan sesuatu nombor untuk menandakan bahawa puncanya hendaklah dicari , atau ditentukan. Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai tanda punca atau tanda radikal . Jika punca yang hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan. | UMUM | |
BURUNDI | Burundi ialah salah satu negara terkecil dan paling padat penduduk di Afrika. Negara ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 orang per kilometer persegi, iaitu kira-kira sembilan kali ganda kepadatan penduduk seluruh Afrika. Bujumbura ialah ibu negara dan menempatkan komuniti perbandaran terbesar. | UMUM | |