POLIHEDRON | Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang disempadani oleh empat atau lebih permukaan rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi poligon ini membentuk sempadan polihedron. Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron termasuklah kiub dan piramid. | UMUM | |
PRASEODIMIUM | Praseodimium adalah satu daripada unsur kimia nadir bumi. Simbol kimianya ialah Pr, nombor atomnya ialah 59, dan berat atomnya ialah 140.908. Pada 25 ° C, ketumpatannya ialah 6.475 gram per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ). | UMUM | |
SAMARIUM | Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm. Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36. Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski. Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis menemui samarium pada tahun 1879. Samarium paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 , berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada 1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik dan mempunyai banyak kegunaan komersial. Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia. | UMUM | |
SFERA | Sfera ialah rajah padu berbentuk bola atau glob. Istilah sfera berasal daripada perkataan Yunani sphaira, bermakna bola. Dalam geometri, ahli matematik mendefinisikan sfera sebagai satu set titik di ruang udara pada jarak tetap dari satu titik tetap yang dikenali sebagai pusat . Ini bermakna bahawa sfera ialah bongkah yang dibatasi oleh satu permukaan. Permukaan ini tidak mempunyai sudut atau sempadan, dan setiap titik di permukaan mempunyai jarak yang sama dari pusat. | UMUM | |
MINIM | Minim ialah unit sukatan cecair paling kecil dalam sistem sukatan apotekari. Ahli farmasi pernah menggunakan sistem ini, tetapi kini mereka menyukat banyak preskripsi dalam unit metrik. Satu minim bersamaan 0.0616 mililiter, atau sentimeter padu. Dalam sistem apotekari, satu minim bersamaan satu titik, dan 60 titik bersamaan satu dram cecair. Perkataan minim berasal daripada perkataan Latin minimus, yang bermakna paling kecil. | UMUM | |
KILOGRAM | Kilogram ialah unit jisim (kuantiti jirim) dalam sistem metrik. Ia ialah salah satu unit asas dalam sistem sukatan ini, dan simbolnya ialah kg. Satu kilogram mempunyai jumlah jisim yang hampir sama dengan 1000 sentimeter padu air pada suhu 4°C. Kilogram juga digunakan untuk menyukat berat. | UMUM | |
TERMOMETER | Termometer ialah alat yang mengukur suhu gas, cecair, dan pepejal. Apabila suhu sesuatu bahan berubah, sesetengah sifat fizikal dan kimianya juga berubah. Misalnya, bahan boleh berubah warna, bentuk atau isi padu. Termometer mengukur satu daripada perubahan ini dan biasanya menunjukkan saiz perubahan ini sebagai nombor. Nombor ini boleh ditukarkan kepada nilai suhu dengan menggunakan skala suhu yang sesuai. Skala demikian termasuk Fahrenheit, Celsius, dan Kelvin. | UMUM | |
KERAK BUMI | Kerak bumi, lapisan bumi yang paling luar dan paling nipis. Ia mewakili kurang daripada satu peratus isi padu bumi dan berbentuk seakan-akan cangkerang bagi sfera bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |