MESIN TRENGKAS | Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator mengeluarkan nombor dengan menekan palang angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang dikehendaki. Palang angka sepadan dengan kekunci syif mesin taip. | UMUM | |
MESIN PINTAL | Mesin pintal ialah mesin untuk memintal yarn. Seperti roda pintal, mesin ini juga dapat digerakkan dengan injakan kaki atau dengan tangan. Tetapi mesin pintal ini boleh memintal lebih daripada satu yarn pada satu-satu masa. Idea untuk memintal yarn secara berganda ini telah pun difikirkan oleh James Hargreaves, penenun Inggeris pada tahun 1764. Dia ternampak bahawa spindel yang tegak dalam roda pintal yang telah diterbalikkan akan terus berpusing. Pada tahun 1770, dia mempatenkan mesin yang berkeupayaan memintal 16 yarn pada satu-satu masa. | UMUM | |
CHOMSKY, NOAM | Chomsky, Noam (1928– ), ahli linguistik Amerika yang memperkenalkan tatabahasa transformasi. Tatabahasa transformasi adalah sistem yang menerangkan dengan tepat undangundang yang menentukan semua ayat yang boleh dibentuk dalam satu-satu bahasa. | UMUM | Umum |
DEMOKRASI | Demokrasi ialah satu bentuk kerajaan, satu gaya hidup, satu matlamat atau satu ideal, dan satu falsafah politik. Istilah ini juga merujuk kepada sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan demokrasi. | UMUM | |
KEKWA | Kekwa adalah mana-mana satu daripada sekumpulan herba renek berbau kuat yang tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana. Pekebun menanamnya untuk bunganya yang cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak bunga satu-satu membentuk setiap kuntum. Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan dengan membuang tunasnya dengan cermat. Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya berbeza-beza warnanya daripada putih atau kuning hingga kepada samar atau merah. | UMUM | |
KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
TAHUN CAHAYA | Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan 9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi adalah tersangat luas hinggakan bintang yang paling hampir dengan bumi – selain dari matahari – ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang (Bintang di dalam alam semesta). | UMUM | |
SAINT-JOHN'S-WORT | Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok renek yang berbunga besar, berwarna kuning. Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia biasanya adalah pokok renek yang rendah. Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang bergugus pada musim panas. Bunga berwarna samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya. Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort yang diketahui. Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas ialah Hupericum X moserianum . | UMUM | |
SAAT | Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s. Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan 24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60 minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000 daripada satu bulatan. | UMUM | |
ENDORFIN | Endorfin ialah mana-mana satu daripada satu kumpulan bahan dalam sistem saraf manusia dan haiwan. | UMUM | |