ANGKATAN LAUT SAUDAGAR | Angkatan laut saudagar atau saudagar marin ialah angkatan laut yang terdiri daripada kapal perdagangan dan kakitangan lelaki dan wanita yang mengendalikannya. Angkatan ini merangkumi kapal kargo dan kapal penumpang. | UMUM | |
KELIAN PAUH | KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak. Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini. Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya. Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh. Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang. Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR | SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR, novel karya Sasterawan Negara Keris Mas. Novel ini pernah disiarkan secara bersiri dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman mulai 22 Mac hingga 8 November 1981. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1982. Novel ini dihasilkan oleh penulis setelah dia bergelar Sasterawan Negara. | SASTERA | Karya |
ZENO DARI CITIUM | Zeno dari Citium (335?–265? SM) ialah pengasas falsafah Stoik di Athens. Zeno lahir di Citium di Pulau Cyprus. Zeno pada mulanya, adalah seorang saudagar, tetapi kapalnya karam dan dia kehilangan semua hartanya dalam pelayaran ke Athens pada tahun 314 SM. | UMUM | |
UTIMUTIRAJA | UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh. Dia juga dikenal sebagai Timuturaja. Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu. Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA MUNDELIAR | RAJA MUNDELIAR (? - ? ), saudagar keturunan Keling pada zaman Kesultanan Melaka. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui secara pasti. Raja Mundeliar adalah seorang yang kaya-raya dan oleh sebab itu dia dapat bergaul serta berdamping dengan pembesar-pembesar Melayu yang menjadi tonggak pentadbiran Empayar Melaka pada ketika itu. Dengan kedudukannnya itu, dia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap beberapa pembesar yang rapat dengannya. Dia juga terlibat dalam kegiatan serta putar-belit politik para pembesar itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KOMPANG | Kompang, alat muzik paluan berbentuk rebana yang berbingkai. Alat ini dipercayai berasal dari Timur Tengah. Ia pada mulanya digunakan oleh saudagar Arab untuk menarik minat pembeli dalam sesuatu pesta jualan. Apabila Islam berkembang di Nusantara, rebana dan kompang diperkenalkan ke dalam masyarakat melayu untuk upacara berunsur keagamaan. | UMUM | |
NAINA SURIA DEWANA | NAINA SURIA DEWANA ( ? - ? ), saudagar keturunan India (Keling) pada masa kerajaan Melayu Melaka. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. Kekayaannya ada disebut dalam Sulalatus Salatin, “penghulu segala saudagar di dalam negeri Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HOUTMAN, CORNELIS DE | Houtman, Cornelis De (1565-1599), penyusun kamus, ahli pelayaran dan saudagar berbangsa Belanda. | BAHASA | Tokoh |
DEWAN PERNIAGAAN | Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan perniagaan merupakan agensi rasmi, yang ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala dikenali sebagai lembaga perdagangan, persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan. International Chamber of Commerce mempunyai ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di seluruh dunia. | UMUM | |