PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA | pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) | Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah badan bukan kerajaan yang kegiatan utamanya tertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan dakwah khususnya di kalangan saudara baru. Untuk mencapai matlamat ini, PERKIM melaksanakan beberapa program kebajikan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. | UMUM | |
PICCARD | Piccard ialah nama keluarga ahli sains Switzerland yang sangat terkenal dalam bidang aeronautika (penerbangan) dan kajian lautan dengan mereka bentuk dan menguji belon beraltitud tinggi yang baru dan juga kapal selam laut dalam. Auguste dan Jean Piccard, dua saudara kembar lahir di Basel, Switzerland dan mendapat pendidikan di Zurich. Jacques Piccard, anak lelaki Auguste lahir di Brussel, Belgium , dan memperoleh ijazah dari University of Geneva . | UMUM | |
SYEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN | SYEKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN (1869-1957), ulama dan penulis. Dia lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya, Ahmad Jalaluddin, seorang guru agama yang terkenal, meninggal dunia ketika Syekh Mohd. Tahir baru berusia dua tahun. Semasa berusia 12 tahun, dia dihantar ke Makkah bagi mempelajari ilmu agama Islam. Di sana, dia tinggal bersama-sama saudara sepupunya, Syekh Ahmad Khatib yang juga pemimpin mazhab Syafie di Masjidilharam. | SASTERA | Tokoh |