PIRU | Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas. Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau casque menutupi bahagian atas kepalanya. | UMUM | |
PRIVET | Privet ialah pokok renek yang popular sebagai pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap menyerupai buah zaitun kecil yang masak. | UMUM | |
PEMUJAAN NENEK MOYANG | Suatu kepercayan yang melibatkan amalan-amalan tertentu yang dilakukan terhadap roh orang yang telah meninggal dunia dari kalangan saudara terdekat atau mereka yang rapat dengan si mati itu. | AGAMA | Kepercayaan |
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR | ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan. Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri. | BUDAYA | Konsep |