Save the Children , pertubuhan bebas, bukan mencari keuntungan, yang berusaha membantu kanak-kanak dengan cara memajukan komuniti di tempat kanak-kanak itu tinggal. Ia menaja program ini di 42 buah negara. Projek Save the Children meliputi program pemakanan dan kesihatan, pembinaan rumah, jalan, sekolah, dan sistem bekalan air. Organisasi ini diasaskan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya terletak di Connecticut, Amerika Syarikat. |