Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.war] | ساور

Definisi : 1. penghalang yg dibuat drpd ranting kayu, duri, rotan, dll (utk menutup jalan, supaya pokok tidak dipanjat orang, dll); 2. semacam belat yg dibuat drpd ranting kayu, duri, dll (utk melorongkan binatang masuk perangkap, ikan masuk lukah, dll); menyawar memasang sawar, menghalang dgn sawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.war] | ساور

Definisi : 1 ranting-ranting kayu, duri dll yg digunakan sbg penghalang (supaya jalan tidak dilalui orang, pokok tidak dipanjat orang dll). 2 semacam belat yg dibuat drpd duri dll utk melorongkan binatang masuk perangkap atau ikan masuk lukah. menyawar memasang sawar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERUMBU SAWAR BESAR

Terumbu Sawar Besar ialah kelompok

terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu

ini menganjur di sepanjang pantai timur laut

Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]).

Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan

tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu

berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut

telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia

yang disusun oleh UNESCO (United Nations

Educational, Scientific and Cultural Organization –

(Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya

yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang

pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan

Australia kini terletak dalam Taman Marin

Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar

di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000

kilometer persegi.

UMUM 
TERUMBU SAWARTerumbu penghalang yang terletak selari dengan pinggir pantai.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PULAU MAGNETIC

Pulau Magnetic terletak di antara Terumbu

Sawar Besar dengan pantai Queenslands,

Australia , lebih kurang 10 kilometer ke timur laut

Townsville. Pulau ini ialah sebuah taman negara

dengan keluasan 50 kilometer persegi. Sebahagian

besar pulau itu bergunung-ganang dan dipenuhi

hutan tebal. Namun terdapat perkampungan di

pantai yang popular sebagai tempat peranginan

dan pelancongan. Sebahagian penghuni pulau ini

menjalankan perniagaan hotel dan rumah tetamu

manakala yang lainnya menanam dan menjual

nanas dan betik.

UMUM 
PERJANJIAN BELANDA-JOHOR

PERJANJIAN BELANDA-JOHOR (1639), kontrak yang ditandatangani oleh Laksamana Johor, bagi pihak sultan, dengan Philips Lucasz, iaitu pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda di Patani.  Dalam kontrak ini, Johor berjanji akan membantu orang Belanda menyerang Portugis di Melaka.  Sebagai balasan, Belanda bersetuju menolong kerajaan Johor membina kota di Batu Sawar (di Sungai Johor) dan melindungi Johor daripada orang Aceh dan Portugis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH

SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH ( ? - 1623), Sultan Johor yang ketujuh (1615 – 1623).  Baginda juga dikenal dengan panggilan Raja Bongsu, Raja Di Hilir, Yang Di Pertuan Hilir, dan Raja Seberang.  Raja Abdullah adalah putera Sultan Muzaffar Syah Johor (1564 – 1570).  Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah III, Raja Abdullah dipertanggungjawabkan menguruskan pentadbiran negeri.  Raja Abdullah mendirikan kota kediamannya di Pangkalan Raya, Batu Sawar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas