Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , sawoh = buah ~ (menila) sj tumbuhan (pokok dan buahnya), ciku, Achras zapota; ~ durian sj tumbuhan (pokok), Chrysophyllum cainito; ~ kecik sj tumbuhan (pokok), sawai, Manilkara kauki; (warna) ~ matang (warna) coklat kemerah-merahan, (warna) seakan-akan warna buah ciku masak.sawoh = buah ~ (menila) sj tumbuhan (pokok dan buahnya), ciku, Achras zapota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn ® sawa I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawo


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAORI

Maori ialah penduduk asli New Zealand. Mereka

ialah orang Polinesia yang bertubuh tinggi, tegap,

berkulit sawo matang dengan mata yang berwarna

perang serta rambut hitam yang ikal atau lurus.

UMUM 
AUSTRALOID

Australoid ialah ahli kumpulan suku kaum

Orang Asli Australia. Ahli kaji bumi

menggolongkan Australoid di luar keturunan

Mongoloid dan Negroid. Tetapi mereka berselisih

pendapat sama ada untuk mengkategorikan

mereka sebagai generasi keempat atau sama

keturunan dengan puak Caucasoid. Kebanyakan

Australoid mempunyai kulit sawo matang, rambut

ikal, rahang yang besar, berbibir tebal, dan

berhidung besar serta pesek.

UMUM 
KELPIE AUSTRALIA

Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang

benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri

semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang

tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah

anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan

pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie

Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai

bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna

bulunya adalah hitam, sawo matang, merah,

perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang

lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang

pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie

(bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya

diperoleh daripada jualan anak Kelpie.

UMUM 

Kembali ke atas