Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sai.yi.di.na] | سيدنا

Definisi : Ar tuan kami (biasanya panggilan utk Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayidina


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WARAQAH BIN NAUFALSepupu kepada Sayidina Khadijah binti Khuwailid.AGAMATokoh
SITI FATIMAHPuteri bongsu Rasulullah s.a.w. dan isteri Sayidina Ali bin Abi Talib, Khulafa' al-Rashiddin yang ke empat.AGAMATokoh
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL-

Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635

M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri

baru Islam. Nama penuhnya ialah al-

Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia

memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah

bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al-

Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam

yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan

Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah

dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai

pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid

menghantar bantuan kepadanya sebagai

permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina

‘Umar turut membantunya dengan menghantar

tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud

al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina

‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu

Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al-

Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d

ibn Abu Waqqas. Lihat Syam.

UMUM 
TARIAN DABUS

TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KHAWARIJ

Khawarij ialah segolongan orang Islam yang hidup semasa zaman pemerintahan Sayidina Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat.

AGAMAKonsep
KARBALA’

Karbala’ ialah sebuah bandar yang terletak di

selatan Iraq. Ia ialah salah satu bandar yang

terpenting bagi orang Islam daripada kalangan

pengikut Syiah kerana di situ terdapat makam

Sayidina Husayn ibn ‘Ali r.a.

UMUM 
PERANG SIFFIN

Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua

puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah

‘Uthman ibn ‘Affan. Perang ini berlaku selepas

perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab

berlakunya perang ini ialah Sayidina ‘Ali ibn Abu

Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir

yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan

berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka

yang dipecat ialah Mu‘awiyah ibn ‘Abi Sufyan yang

merupakan orang yang bersungguh-sungguh

menuntut bela atas pembunuhan Khalifah ‘Uthman.

Setelah Mu‘awiyah tetap dengan penentangannya

terhadap ‘Ali, dia berazam untuk memeranginya.

Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin,

lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari.

UMUM 
PERANG JAMAL

Perang Jamal berlaku pada tahun 36 H.

bersamaan dengan 656 M., disebabkan oleh fitnah

yang berlaku di antara dua golongan orang Islam

selepas pembunuhan Khalifah Uthman ibn ‘Affan.

Golongan pertama di bawah pimpinan ‘Ali ibn

Abu Talib dan golongan kedua di bawah

pimpinan Umm al-Mu’minin ‘Aisyah, Talha ibn

‘Ubaydillah dan al-Zubayr ibn al-‘Awwam. Antara

sebab berlakunya perang ini kerana Sayidina ‘Ali

memecat semua gabenor pada zaman Sayidina

Uthman r.a. sejurus selepas pelantikannya sebagai

khalifah.

UMUM 
KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB

Khalifah Umar bin al-Khattab (584 M–644 M), khalifah kedua dalam kalangan Khulafa’ al-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar.

AGAMATokoh
MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN

Mu’awiyah bin Abi Sufyan ( - 60 H), khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas berakhirnya pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dengan kematian Sayidina Ali bin Abi Talib pada tahun 41 H.

AGAMABangsa/Suku/Kaum
12

Kembali ke atas