SAYURAN | Tumbuhan | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
TARRAGON | Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran, sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak. Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus. Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter di kawasan yang panas dan kering. Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia dracunculus . | UMUM | |
ASID OKSALIK | Asid oksalik ialah asid organik kuat yang didapati dalam banyak sayur-sayuran dan tumbuhan lain. Ia banyak wujud sebagai garam kalium dalam sap of dock dan tumbuhan lain dalam kumpulan tumbuhan oksalis dan rumeks. | UMUM | |
KARI | Kari ialah gulai yang dibuat daripada telur, ikan, daging, atau sayur-sayuran yang dimasak bersama rempah ratus. | UMUM | |
AISKRIM | Aiskrim ialah makanan beku yang popular. Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu, gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri, minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi, boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu. | UMUM | |
MARJERIN | Marjerin ialah makanan menyerupai mentega yang dibuat daripada minyak sayur-sayuran atau lemak haiwan atau daripada kedua-duanya sekali. | UMUM | Umum |
PEMPROSESAN HILIRAN | Proses yang melibatkan semua proses pasca penghasilan seperti penuaian, pemencilan, penulenan, pengawetan, dan pembungkusan produk. Terdapat juga industri produk biologi yang tidak melibatkan penghasilan produk, contohnya pemprosesan dan pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Oleh itu, produk tersebut hanya perlu melalui proses hiliran seperti pengetinan atau pemprosesan kepada produk tambah nilai yang lain. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
MAKANAN SEJUK BEKU | Makanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet makanan. Syarikat pemproses makanan menyejukbekukan makanan seperti makanan panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang menyejukbekukan makanan di rumah. Penyejukbekuan mengawet makanan dengan mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan makanan dan dengan melambatkan tindak balas kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk beku hendaklah disimpan pada suhu –18°C atau di bawah suhu ini. | UMUM | |
REPUT | Reput ialah gejala bagi banyak penyakit tumbuhan apabila tumbuhan reput. Penyakit reput disebabkan oleh bakteria atau kulat yang menjangkiti tumbuhan dan membunuh selnya. Reput cepat memusnahkan buah dan sayur-sayuran, tetapi penanam membantu mencegahnya dengan menyembur tumbuhan dengan racun serangga. | UMUM | |