Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : the applied ~s, sains gunaan; is lexicography an art or a ~?, adakah leksikografi satu seni atau sains?; 3. subject taught at educational institutions, mata pelajaran sains. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. branch of such knowledge or st that can be studied, observed, experimented, sains: ~ physics, chemistry and other ~s, fizik, kimia dan bidang-bidang sains yg lain; political ~, sains politik; pure ~, sains tulen; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : in the past, girls were not very keen to go into ~, pd masa dahulu, pelajar-pelajar perempuan selalunya tdk berapa berminat utk menceburi bidang sains; ~ subjects, mata pelajaran sains; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (systematic study based on observation and experiment), (ilmu) sains; (field rel to such study) bidang sains; (attrib) sains: the importance of ~ in our daily life, pentingnya ilmu sains dlm kehidupan seharian; research in ~ and technology, kajian-kajian dlm (bidang) sains dan teknologi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata science


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILLIMAN BENJAMIN

Silliman Benjamin (1779–1864) ialah pendidik

dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang

mengasaskan American Journal of Science pada

tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan

rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang.

Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang

geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20

tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan

menyunting buku teks kimia dan geologi.

UMUM 
PERSATUAN AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND UNTUK KEMAJUAN SAINS

Persatuan Australia dan New Zealand

untuk Kemajuan Sains (Australian and New

Zealand Association for the Advancement of

Science–ANZAAS) ialah sebuah organisasi yang

memainkan peranan yang penting dalam

memajukan pertukaran maklumat sains di seluruh

Negara-negara Komanwel.

UMUM 
MERTON, ROBERT KING

Merton, Robert King (1910–2003), ahli

sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana

menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan

kuantitatif (statistik).

Dalam bukunya Science, Technology and

Society in Seventeenth Century England (1938),

Merton membincangkan sumbangan kekuatan

budaya, ekonomi dan sosial kepada

perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan

bahawa ramai reformis Protestan, termasuk

golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung

telah menolong sains moden dengan

menggalakkan orang membuat kajian terhadap

alam tabii.

UMUM 
POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SYED HUSIN ALI

SYED HUSIN ALI (1936- ), ahli akademik, ahli politik dan aktivis sosial. Beliau lahir pada 23 September 1936 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan agama hingga lulus Darjah Khas. Syed Husin kemudian belajar di Government English School, Batu Pahat hingga tahun 1953. Beliau menyambung pelajarannya di English College, Johor Bahru sebelum meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1958 dan ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1963. Kemudian beliau dilantik sebagai pensyarah di jabatan Pengajian Melayu di universiti tersebut. Pada tahun 1972, beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari London School of Economics and Political Science, University of London.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas