| SCOTLAND, SEJARAH | Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir. tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000 S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir. Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan). | UMUM | |
| PERJANJIAN EDINBURGH | Perjanjian Edinburgh (1560) menamatkan perang saudara di Scotland antara pihak Protestan Scotland dengan Roman Katolik Scotland yang disokong oleh Perancis. | UMUM | |
| PERTEMPURAN BANNOCKBURN | Pertempuran Bannockburn ialah salah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Scotland . Ia berlaku di Bannockburn, Scotland, pada tahun 1314. Dalam pertempuran itu, rakyat Scotland menyelamatkan negara mereka daripada pemerintahan asing dengan mengalahkan tentera Inggeris di bawah Raja Edward II. Robert Bruce menaiki takhta Scotland dengan kemenangan ini. Jumlah tentera Inggeris melebihi tentera Scotland, tetapi pertahanan Scotland bertempur dari kedudukan yang lebih baik, sedangkan pihak Inggeris terlalu terhimpit untuk menggunakan sepenuhnya jumlah tentera mereka yang lebih besar. Pihak Scotland menghentikan kemaraan orang Inggeris dengan menggali lubang di sepanjang garisan serangan. Orang Inggeris melarikan diri setelah mengalami kekalahan teruk. | UMUM | |
| MARY, RATU SCOTLAND | Mary, Ratu Scotland (1542–1587) ialah satu- satunya puteri Raja James V Scotland yang hidup. Ibunya ialah Mary of Guise. Baginda baru berumur seminggu apabila bapanya, James V meninggal dunia. | UMUM | |
| KESUSASTERAAN SCOTLAND | Kesusasteraan Scotland berbeza daripada kesusasteraan di kebanyakan negara lain kerana dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Gaelik, Scotland, dan Inggeris. Sebelum tahun 1100-an kebanyakan orang Scotland berbahasa Gaelik, tetapi selepas itu bilangan yang bertutur bahasa Gaelik berkurangan. Sehingga tahun 1600-an, tidak ramai pemuisi Gaelik menghasilkan karya mereka. Puisi Gaelik yang diketahui merupakan kesusasteraan yang penting. Pada zaman awal, ketua klan mengekalkan penyair semasa meraikan kejayaan mereka berburu atau berperang. Kebanyakan penyair terkemudian menulis perihal pembuangan negeri dan pengisahan. Lihat Bahasa Gaelik dan Kesusasteraan Gaelik. | UMUM | |
| SCOTLAND | Scotland ialah satu daripada empat bahagian politik yang utama yang membentuk United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara. Bahagian-bahagian lain ialah England, Ireland Utara, dan Wales. Edinburgh ialah ibu negara Scotland, sementara Glasgow ialah bandar raya yang terbesar. | UMUM | |
| PERTEMPURAN DUNBAR | Pertempuran Dunbar berlaku di Scotland pada tahun 1296 dan 1650 apabila Edward I, Raja England diminta memutuskan hak takhta yang sah ke atas Scotland . Edward I memilih John Balliol, tetapi melayaninya sebagai seorang Vassal yang tidak berkuasa. Balliol menentang Edward dan pada tahun 1296, Edward menyerang Scotland dan mengalahkan Balliol di Dunbar. | UMUM | |
| TARTAN | Tartan ialah kain corak berpetak, plaid yang terdapat terutamanya di Scotland. Reka bentuknya mengandungi jalur yang pelbagai lebar dan warna. Jalur ini bersilang pada sudut tegak, dengan latar belakang yang mempunyai satu warna. Puak utama di Scotland mempunyai tartan mereka sendiri. Regimen Scotland juga menggunakan tartan. Di negara selain Scotland, perkataan tartan juga bermaksud kain atau pakaian yang mempunyai reka bentuk tartan. | UMUM | |
| THOMSON, JAMES | Thomson, James (1700–1748) ialah penyair Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun 1725, Thomson mengembara dari Scotland ke London. Di London, dia menerbitkan maha karya, The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746). Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini membawa kepada gerakan romantik pada akhir tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan berdasarkan karya Edmund Spenser. | UMUM | |
| EDINBURGH | Edinburgh (pend. 421 213) iaIah ibu negara dan bandar kedua terbesar di Scotland. Untuk lokasi, lihat Scotland (peta politik). | UMUM | |