| SOUTH SEA BUBBLE | South Sea Bubble ialah bencana kewangan yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun 1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan memberi rasuah kepada beberapa orang ahli parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi menyebabkan harga saham melambung naik dari 100 paun ke-1000 paun. | UMUM | |
| SUKAN SEA | Sukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| CLACTON-ON-SEA | | UMUM | |
| MONSARRAT, NICHOLAS | Monsarrat, Nicholas (1910–1979) ialah penulis British. Dia terkenal dengan novelnya The Cruel Sea (1951), sebuah cerita pertempuran laut semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga menulis The Story of Esther Costello (1953), The Tribe That Lost Its Head (1956), Smith and Jones (1963), Richer Than All His Tribe (1969), Breaking In, Breaking Out, dan The Master Mariner Running Proud (1979). Monsarrat yang lahir di Liverpool, England, berkelulusan Cambridge University. Dia berpindah ke Kanada pada tahun 1953. | UMUM | |
| MORISON, SAMUEL ELIOT | Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean Sea, tentang riwayat hidup Columbus, memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah History of United States Naval Operations in World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947– 1962), The Intellectual Life of Colonial New England (1960), One Boy’s Boston (1962), The Oxford History of the American People (1965), The European Discovery of America: The Northern Voyages (1971) dan The European Discovery of America: The Southern Voyages (1974). | UMUM | |
| NORDHOFF DAN HALL | Nordhoff dan Hall adalah kumpulan pengarang Amerika. Charles Bernard Nordhoff (1887–1947) dan James Norman Hall (1887–1951) menjadi terkenal kerana tiga novel mereka tentang pemberontakan sebenar dalam Tentera Laut British pada tahun 1789. Novel-novel tersebut adalah Mutiny on the Bounty (1932), Men Against the Sea (1934) dan Pitcairn’s Island (1934). | UMUM | |
| KONGRES BAHASA DI SINGAPURA | KONGRES BAHASA DI SINGAPURA, kongres yang telah diadakan pada 12 April 1952 anjuran Angkatan Sasterawan ’50 dengan kerjasama Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, Lembaga Bahasa Melayu, Persatuan Pemuda Pemudi Melayu Singapura dan Trengkas Melayu Institut. Sebanyak 21 badan penulis dan bahasa di seluruh Tanah Melayu menghadiri persidangan ini di Dewan Khas Hotel Sea View, Singapura. | BAHASA | Bahasa |
| STOKER, BRAM | Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British, telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman. Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania (kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa, menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh. “Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea (1902) dan Famous Imposters (1910). | UMUM | |