Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAILAN

Kailan ialah sayur seakan-akan kubis tetapi

mempunyai daun bercerai-cerai dan keriting.

UMUM 
ANGKUP

Angkup ialah alat yang seakan-akan kompas

geometri. Alat ini digunakan untuk menyukat

ukuran yang kecil.

UMUM 
BIGFOOT

Bigfoot ialah makhluk yang seakan-akan manusia

yang dikatakan hidup di barat daya Pasifik Amerika

Utara. Orang Kanada menamakannya sebagai

Sasquatch. Cerita tentang bigfoot ada persamaan

dengan cerita Abominable Snowman, haiwan

berbulu panjang yang dikatakan mendiami

banjaran Himalaya dan di kawasan pergunungan

yang lain di tengah dan timur laut Asia (lihat

Abominable Snowman).

UMUM 
RINGETTE

Ringette ialah sejenis sukan berpasukan untuk

gadis dan wanita muda. Permainan ini seakan

serupa dengan permainan hoki ais. Permainan ini

dicipta di Ontario, Kanada pada tahun 1963. Kini,

permainan ini dimainkan di bahagian utara

Amerika Syarikat dan beberapa buah negara

Eropah serta Kanada.

UMUM 
TAUFAN

Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang

berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah

seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan

bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke

barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia

akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang

15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi

angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat,

dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat

sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer.

UMUM 
MULBERI

Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus

dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau

ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap

satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji

satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang

memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah

jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan

mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik

dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain.

Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan

tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh

angin.

UMUM 
PIUTER

Piuter ialah aloi yang mengandungi

kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi

antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih

metalik seakan-akan warna perak dan keemasan

yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga

bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk

membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki

lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang

lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang

dibuat daripada piuter perlukan pengendalian

yang cermat.

UMUM 
AUDUBON, JOHN JAMES

Audubon, John James (1785–1851), orang

Amerika, antara mereka yang pertama mempelajari

tentang burung dan melukis burung di Amerika

Syarikat. Lukisan burungnya yang seakan hidup di

dalam suasana semula jadi telah mendatangkan

kemasyhuran dan kekayaan kepadanya.

UMUM 
PISAU TEMBELINGPISAU TEMBELING, alat batu seakan-akan beliung. Pisau ini dijumpai oleh I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, iaitu di Nyong pada tahun 1930-an. Pisau ini dinamakan Pisau Tembeling sempena dengan nama tempat ia dijumpai.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan
KIPAS ALUVIUM

Kipas aluvium, bentuk muka bumi seakan-akan kipas atau kon yang terdiri daripada bahan enapan yang dimendapkan oleh sungai semasa mengalir keluar dari hadapan gunung ke dataran.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
123

Kembali ke atas