Soyinka, Wole (1934– ) ialah penyair, penulis drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba boleh yang mampu mengubah penulisannya antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958), The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959). |