Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebabnya

Peribahasa

Kalau tak ada angin,
     masakan pokok bergoyang.

Bermaksud :

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG MALAZDHKIRD

Perang Malazdhkird berlaku antara tentera

Islam Saljuk di bawah pimpinan Sultan Alb

Arsalan dengan tentera kerajaan Rom, pimpinan

Raja Romanus pada tahun 463 H. (1071 M.). Antara

sebabnya ialah Sultan Saljuk, Sultan Alb Arsalan

mampu menguasai hampir kesemua negara

Kristian berdekatan seperti Georgia dan Armun.

Dia menyebarkan agama Islam di negara itu.

UMUM 
NARKOLEPSI

Narkolepsi adalah sejenis penyakit yang

menyebabkan penghidapnya tidur berlebihan.

Orang yang menghidap narkolepsi mudah tidur

beberapa kali di siang hari, walaupun mereka cukup

tidur pada waktu malam. Penyakit ini tidak diketahui

sebabnya. Tetapi bukti menunjukkan ia berpunca

daripada keturunan. Doktor boleh melegakan

masalah ini dengan memberi ubat, tetapi penyakit

narkolepsi tidak dapat disembuhkan.

UMUM 
SKOLIOSIS

Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku

pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes,

keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun

ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih

banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan

daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat

menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh

menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang

boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru,

dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian

boleh juga membawa kepada masalah psikologi.

Para doktor masih belum dapat mengetahui

puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes

skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya

berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan

sejak lahir.

UMUM 
UJIAN TOKOKAN TEKANANKaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKaedah

Kembali ke atas