Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai mana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OKTANA

Oktana ialah mana-mana satu daripada 18

sebatian kimia yang terdiri daripada lapan atom

karbon, dan 18 atom hidrogen. Oktana adalah

antara bahan utama petrol. Oktana yang dikenali

sebagai isooktana digunakan dalam campuran

ujian untuk menentukan sebaik mana petrol tahan

terhadap ketukan (lihat Nombor oktana ). Petrol

yang mempunyai nombor oktana tinggi mencegah

ketukan enjin dengan lebih baik daripada petrol

yang mempunyai nombor oktana rendah.

UMUM 
PETUNIA

Petunia adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba yang terutamanya berasal dari

Argentina dan Brazil. Ia ditanam dengan meluas

di negara-negara lain sebagai bunga taman

tahunan. Tumbuhan petunia diliputi bulu halus.

Pekebun menghargai petunia kerana bunganya

yang cantik berbentuk corong, besar, lembut dan

licin seperti baldu. Sesetengah jenis mempunyai

satu siri kelopak dan jenis yang lain mempunyai

dua siri kelopak.

UMUM 
DRAM

Dram ialah mana-mana anggota lebih kurang 200

spesies ikan. Sesetengah dram dikenali sebagai

croaker. Dram ini mendapat namanya daripada

bunyi yang dihasilkan oleh sesetengah spesies.

UMUM 
OLIVIN

Olivin ialah mana-mana kumpulan bahan mineral

pembentuk batuan yang biasa yang mengandungi

silikon, oksigen, magnesium, dan besi. Olivin

terjadi terutamanya dalam batu igneus gelap,

biasanya sebagai timbunan hablur halus atau

hablur yang tertanam. Umumnya mineral ini

merupakan salah satu mineral pertama yang

terhablur daripada magma berwarna gelap (bahan

batuan yang telah cair).

UMUM 
ORKID

Orkid ialah mana-mana famili tumbuhan yang

sangat besar, yang banyak daripadanya

mengeluarkan bunga yang cantik. Terdapat lebih

daripada 20 000 spesies tumbuhan berbunga. Ia

ditanam dengan meluas sebagai bunga hiasan

rumah, bunga taman, dan bunga rumah hijau, dan

ia juga tumbuh liar. Orkid adalah tumbuhan saka ,

yang bermakna ia hidup sekurang-kurangnya tiga

tahun.

UMUM 
TEATREE

Teatree adalah mana-mana satu daripada kira-kira

50 jenis pokok renek berkayu atau pokok kecil

yang tumbuh di Australia dan New Zealand. Satu

jenis pokok ini digunakan oleh penjelajah British,

James Cook sebagai tumbuhan “teh”. Bunga teatree

kembang dan kelihatan seperti ros. Ia biasanya

berwarna putih atau samar. Teatree ditanam dan

sesetengah jenis tumbuhan ini telah banyak

dikacukkan (dibiakkan dengan jenis lain).

Pengelasan saintifik. Teatree tergolong dalam famili

Myrtaceae. Ia membentuk genus Leptospermum .

UMUM 
SIPRES

Sipres adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan pokok dan pokok renek malar hijau

yang tumbuh di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Terdapat kira-kira 13 spesies sipres. Sipres mudah

sesuai dengan iklim panas dan ia biasanya ditanam

sebagai tumbuhan hiasan. Daunnya kecil, bak sisik

yang tumbuh bertangkai lebat berbentuk kipas

tangan. Konnya yang berbentuk glob diselaputi

sisik berkayu yang kelihatan seperti perisai kecil.

Kayunya berwarna perang cerah, tahan lama dan

berbau kuat seperti bau sedar.

UMUM 
NEUTRINO

Neutrino adalah mana-mana satu daripada

beberapa jenis zarah subatom yang tidak

mempunyai cas elektrik atau jisim yang boleh

diukur. Neutrino bergerak pada atau hampir

dengan kelajuan cahaya. Ia dihasilkan apabila

nukleus atom atau zarah subatom yang tidak stabil

berkecai. Neutrino tergolong dalam famili zarah

lepton , yang termasuk elektron dan dua jenis zarah

yang lebih berat, yang dikenali sebagai muon dan

tau (lihat Lepton ).

UMUM 
SEKOI

Sekoi ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang

kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah

kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting

makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika.

Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi

tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis

digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di

sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi,

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

UMUM 
MIKROSKOP KUAR PENGIMBAS

Mikroskop kuar pengimbas adalah mana-mana

jenis mikroskop yang mengimbas permukaan

bahan dengan penunjuk tajam dan memaparkan hasil

di skrin bak televisyen. Penunjuk, dikenali sebagai

kuar, boleh jadi sehalus 0.3 daripada satu bilion

meter lebarnya – kira-kira selebar atom. Mikroskop

kuar pengimbas dapat menyediakan imej tiga

dimensi atom individu. Ia menjadi alat penyelidikan

yang penting dalam bidang fizik, kejuruteraan, dan

kimia.

UMUM 
12345

Kembali ke atas