SEURAT, GEORGES | Seurat, Georges (1859–1891) ialah artis Perancis yang telah membangunkan satu sistem melukis yang dinamakan pointillisme . Di sebalik menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik- bintik rapat yang berwarna terang dan seragam saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan warna lain yang sama terang. Pointillisme menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis. | UMUM | |
MANIK BAILY | Manik Baily ialah titik cahaya yang sangat terang yang dilihat sejurus selepas matahari lenyap di belakang bulan atau muncul semula dari sebalik bulan semasa gerhana matahari penuh (lihat Gerhana). | UMUM | |
METAFIZIK | Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya, berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan perbahasan yang terhad. | UMUM | |
MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE, TAN SRI | Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri (1922– ), tokoh politik Malaysia. Dia memberi sumbangan yang besar dalam sejarah politik negara terutamanya di sebalik tabir penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963. | UMUM | |
SENNECTT, MACK | Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang terkenal muncul dalam filem-filem Keystone Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya yang terkenal telah menambahkan kekacauan di sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang “gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan watak-watak lain sering terlibat dalam adegan kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan, suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak filem terbitannya. | UMUM | |
SURAH AL-RA'D | Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia membawa hujan dan juga petir. Melalui air, wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya kebinasaan. | UMUM | |
SISTEM LIMPA | Sistem limfa terdiri dari salur limfa, nodus limfa dan beberapa organ; organ-organ utama terdiri dari sumsum tulang dan kelenjar timus (yang terletak di sebalik tulang dada – sternum, berkedudukan di atas jantung); organ-organ sekunder terdiri dari tonsil dan limpa (bahagian atas kiri abdomen), nodus limfa (di sepanjang saluran limfa dan tertumpu di bahagian leher, ketiak, abdomen dan kelangkang), tampalan Peyer ‘Peyer’s patch’ (pada bahagian usus) dan apendiks. | BIOLOGI | Sistem |
MURABITUN, KERAJAAN | Murabitun, Kerajaan merupakan satu daripada kerajaan Islam yang muncul dalam lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H. bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al- Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah. bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun, penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana berjaya menguasai beberapa bahagian di padang pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barbar dan Arab. | UMUM | |