Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.pa] | سباڤ

Definisi : mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebapa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUK KU PALUHTUK KU PALUH (1817-1917), ulama.  Dia dipercayai lahir pada tahun 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad.  Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk Ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu, yang dipercayai berasal dari Hadramaut.  Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa.  Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya.  Dia juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Mohd. Amin atau Tuk Syekh Duyung, ulama yang menjadi mufti Baginda Omar.  Setelah dewasa, Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Makkah dengan mendalami ilmu tafsir, hadis, tauhid dan tasawuf.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas