| TIANG SEBATAN | Tiang sebatan ialah tempat pesalah diikat untuk disebat sebagai hukuman. Hukuman ini satu ketika dahulu dilakukan di hadapan khalayak ramai. Kebanyakan kampung di England mempunyai tiang untuk menjalankan hukuman sebatan ini di dataran awamnya. Tiang ini biasanya dilengkapi dengan pasung (lihat Pasung ). | UMUM | |
| BURUNG WHIP | Burung whip yang namanya diambil sempena siulan yang berbunyi seperti sebatan cemeti yang dihasilkan oleh burung whip timur . Burung ini hidup di kawasan hutan hujan dan kawasan semak di pantai timur Australia. | UMUM | |