SUNGAI DVINA | Sungai Dvina ialah nama dua batang sungai di Eropah Timur. Sebatang sungai dikenali sebagai Drina Barat atau Daugava, bermula di barat Moscow, Rusia dan mengalir ke Teluk Riga di Riga, Latvia. Sungai ini panjangnya 1019 kilometer. Sebatang sungai lagi, dikenali sebagai Dvina Utara, merupakan laluan air yang penting di barat laut Rusia. Dvina Utara, terbentuk dari cantuman Sungai Sukhona dan Vychedga ialah sepanjang 732 kilometer. Ia mengalir ke Laut Putih di pelabuhan Arkhangelsk. Kapal stim belayar di Dvina. Sungai ini bercantum dengan Sungai Neva dan Volga oleh Terusan Dvina Utara. Untuk lokasi kedua-dua sungai, lihat Rusia (peta muka bumi). | UMUM | |
SAVAGE | Savage ialah sebatang sungai di pergunungan barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87 kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ, bijih besi dibentuk menjadi penabur yang diameternya kira-kira satu sentimeter, dan dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir 2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke Jepun. | UMUM | |
SNOWY | Snowy ialah sebatang sungai di tenggara New South Wales dan timur Victoria, Australia. Sungai ini bermula berhampiran Gunung Kosciusko di Pergunungan Snowy dan mengalir kira-kira sejauh 430 kilometer menuju muaranya berhampiran Orbost di timur Gippsland. Sungai ini mempunyai kawasan tadahan seluas 12 945 kilometer persegi. Sungai ini menjadi masyhur apabila penyair berketurunan Australia yang bernama Banjo Paterson menerbitkan puisinya, “The Man from Snowy River” pada tahun 1895 (lihat Paterson, Banjo). | UMUM | |
SUNGAI RICHELIEU | Sungai Richelieu ialah sebatang sungai di Kanada yang mengalir melalui beberapa lembah yang paling cantik di Quebec. Sungai Richelieu berpunca dari Tasik Champlain, yang terletak di sempadan Quebec– Vermont. Ia mengalir ke utara sejauh 130 kilometer dan bertemu dengan Sungai St. Lawrence di Sorel, di antara Montreal dengan Trois Rivières. Kapal berlayar di sepanjang sungai ini dari Sorel ke selatan hingga ke Chambly. Sungai Richelieu mempunyai dua terusan – satu di St. Ours, ke selatan Sorel, dan satu lagi di Chambly. Sungai ini ialah laluan pengangkutan, tetapi ia lebih dikenali sebagai tempat bermain bot. Sungai ini dinamakan sempena nama Cardinal Richelieu, seorang negarawan Perancis. | UMUM | |
SUNGAI PARAGUAY | Sungai Paraguay ialah sebatang sungai yang mengalir sejauh 2549 kilometer ke selatan melalui Paraguay, Amerika Selatan dan membahagikan negara Paraguay kepada dua bahagian. Sungai ini ialah cawangan Sungai Paraná dan berpunca dari kawasan tengah-selatan Brazil. Dari puncanya itu, Sungai Paraguay mengalir ke selatan lalu bersambung dengan Sungai Paraná di sempadan Argentina. | UMUM | |
SUNGAI BRAHMAPUTRA | Sungai Brahmaputra ialah salah sebatang jalan air yang penting di Asia Selatan. Ia berpunca dari utara cerun Himalaya di Tibet. Setelah mengalir kira-kira 2700 kilometer melalui timur laut India dan Bangladesh, ia bertemu Sungai Ganges (Ganga) tempat ia berkongsi Delta Ganges. Bahagian utara sungai mempunyai banyak nama. Di Tibet, ia kadangkala dipanggil Yarlung Zangbo. | UMUM | |
KORNUKOPIA | Kornukopia ialah sebatang tanduk yang melambangkan pengurniaan yang melimpah-ruah, simbol kesuburan atau daya pengeluaran alam semula jadi. | UMUM | |
PALMER | Palmer ialah sebatang sungai di utara Queensland , Australia. Di sinilah terdapat tapak lombong emas pertama yang besar dan menguntungkan yang ditemui di Queensland. | UMUM | |
TAWANAN SUNGAI | Sungai yang mempunayi daya hakisan yang lebih kuat memotong sebatang sungai lain menarik masuk alirannya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
OFFA'S DYKE | Offa’s Dyke ialah kubu tanah purba di antara England dengan Wales. Ia terdiri daripada sebatang parit dan baluarti yang diperbuat daripada tanah. Pada masa dahulu Offa’s Dyke pernah menganjur kira-kira 225 kilometer panjang, dari muara Sungai Dee di utara hingga ke muara Sungai Wye di Selatan. Kebanyakan tinggalannya masih kelihatan sekarang. Bahagian yang paling terpelihara terletak di antara Presteign dengan Montgomery. Offa’s Dyke dinamakan sempena nama Offa, raja Mercia, yang membinanya antara tahun 784 M. hingga tahun 796 M. sebagai pertahanan terhadap serangan orang Celt dari Wales. | UMUM | |