Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen. Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4 2—). Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium, strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air. |