S.M. | S.M.ialah singkatan bagi Sebelum Masihi (B.C dalam bahasa Inggeris adalah singkatan bagi Before Christ ). Pada tahun 532 M., seorang rahib bernama Dionysius Exiguus berusaha mencipta satu sistem Kristian untuk mentarikhkan peristiwaperistiwa yang bermula dengan tahun yang dipercayainya adalah tahun Christ dilahirkan. Dia menamakan tahun-tahun selepas peristiwa ini anno Domini (dalam tahun Tuhan kita), seperti A.D. 532 (atau 532 M. dalam bahasa Melayu). Tahun-tahun sebelum kelahiran Christ dinamakan Before Christ dalam bahasa Inggeris atau Sebelum Masihi, seperti pada tahun 400 B.C/S.M. | UMUM | |
KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak sebelum kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya. Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37 hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang daripada 2500 gram ketika lahir. | UMUM | |
ANTESEDEN | Anteseden ialah perkataan atau kumpulan perkataan yang dirujuk oleh kata ganti dalam sesuatu ayat. Anteseden boleh berada sebelum atau selepas kata ganti. Dalam ayat Venice is famous for its canals , anteseden Venice hadir sebelum kata ganti its . Dalam ayat At her best, Jill was unbeatable, anteseden Jill hadir selepas kata ganti her . | UMUM | |
QUAYLE, DAN | Quayle, Dan (1947– ), Naib Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1989 hingga tahun 1993, semasa pemerintahan Presiden George Bush. Sebelum menjadi naib presiden, Quayle mewakili Indiana di dalam Senat Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Sebelum itu, dia telah berkhidmat selama dua penggal di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. | UMUM | |
ZIMBABWE | Zimbabwe, sebelum ini dikenali sebagai Rhodesia, ialah negara yang dikelilingi tanah daratan di selatan benua Afrika. Penara yang tinggi merupakan ciri sebahagian besar negara ini. Zimbabwe terletak di kawasan tropika, tetapi mempunyai iklim yang nyaman disebabkan ketinggiannya di atas aras laut. | UMUM | |
SINDROM DOWN | Sindrom Down, sebelum ini dikenali sebagai Mongolisme, adalah satu gangguan yang wujud semasa kelahiran. Keadaan ini dicirikan oleh kecacatan mental dan ciri-ciri fizikal seperti bentuk mata juling ke atas, hidung pipih, kepala kecil, tangan pendek dan kontot. Tambahan pula, telinga dan gigi adalah kecil dan berbentuk tidak normal. | UMUM | |
ANTI-CHRIST | Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti- Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan, tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan tentang perang akhir antara yang baik dengan yang jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti- Christ muncul hanya dalam Warkah John yang Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai sejenis haiwan, satu bentuk Iblis. | UMUM | |
PIKTOGRAF | Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar. Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba menyampaikan mesej mereka melalui piktograf. Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek dan juga masyarakat Orang Asli Amerika. Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak- kanak sedang memegang buku, yang mewakili seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu cerita dengan lebih baik berbanding dengan penggunaan perkataan semata-mata. | UMUM | |
AUTISME | Autisme ialah gangguan perkembangan yang teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali sebagai autisme kebayian awal atau autisme kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki lebih mudah terkena penyakit ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang yang mengalami masalah emosi yang teruk yang menyamai autisme. | UMUM | |
KEHAMILAN | Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran, iaitu proses bersalin. | UMUM | |