Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bu] | سبو

Definisi : 1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll); 3. terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 4. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, me­madat-kan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; kesebuan perihal atau keadaan sebu: ke-upayaan parit dan sungai yg sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dgn ~ kelodak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bu] | سبو

Definisi : 1 penuh berisi dgn sesuatu; ter­sumbat (bkn hidung); terkambus (bkn parit); sendat: Perutnya ~. Parit yg ~ diperdalam. 2 ki sesak dada (spt orang akan menangis). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sebu (adjektif)
1. Bersinonim dengan penuh berisi: kekenyangan, sarat, segah, sendat, senak, penuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan tersumbat: tertutup, tersumpal, tersempal, tersekat, tersekang, terkambus,

3. Bersinonim dengan sebak: sesak, sekak.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DISPEPSIA

Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara

longgar untuk merujuk kepada gangguan

penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala

seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati,

sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu,

dan memuntahkan makanan atau cecair berasa

masam.

UMUM 

Kembali ke atas