Sinus ialah rerongga di dalam badan sesuatu makhluk, termasuklah manusia. Apabila digunakan sendirian, kata sinus itu secara umum merujuk kepada ruang yang lompong yang berisi udara yang terletak di bahagian hadapan tengkorak. Tengkorak manusia terdiri daripada empat kumpulan sinus. Doktor kadangkala menamakan keempat-empat kumpulan sinus ini sebagai sinus paranasal, kerana sinus ini bersambung dengan rerongga nasal. Setiap kumpulan sinus ini mendapat namanya daripada tulang-tulang tengkorak yang menempatkan sinus tersebut. |