| KOR | Kor ialah satu unit angkatan tentera yang terdiri daripada dua atau lebih divisyen. | UMUM | |
| KOR DIPLOMATIK | Kor diplomatik terdiri daripada ketua-ketua misi diplomatik seperti duta-duta dan menteri- menteri yang mewakili kerajaan di luar negara. | UMUM | |
| KOR PENERBANGAN AUSTRALIA | Kor Penerbangan Australia (Australia Flying Corps) ialah angkatan udara pertama Australia di Australia. | UMUM | |
| ANZAC | Anzac, Kor Tentera Australia dan New Zealand, adalah angkatan tentera sukarela Australia dan New Zealand yang bergabung. Kor ini ditubuhkan di Mesir semasa Perang Dunia I (1914–1918). Angkatan ini yang terdiri daripada 30 000 orang tentera berserta dengan tentera Berikat terlibat dalam pendaratan di Semenanjung Gallipoli pada 25 April 1915. Semasa lapan bulan yang berikutnya, tentera Australia dan New Zealand memperoleh reputasi kerana keberanian dan kemahiran berjuang menentang tentera Turki di semenanjung itu. | UMUM | |
| ARNOLD, HENRY HARLEY | Arnold, Henry Harley (1886–1950), mengembangkan Kor Udara Tentera Amerika Syarikat yang kecil menjadi Angkatan Udara yang besar lagi perkasa. Arnold menjadi pemerintah Angkatan Udara Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II (1939–1945). Dia adalah satu-satunya orang yang menjadi Jeneral Tentera Darat dan Jeneral Angkatan Udara. | UMUM | |
| MARSEILLAISE | Marseillaise ialah lagu kebangsaan Perancis. Seni kata lagu ini ditulis semasa Revolusi Perancis oleh kapten muda kor jurutera, Claude Joseph Rouget de Lisle (1760–1836). | UMUM | |
| SENAPANG GARAND | Senapang Garand, dikenali juga sebagai senapang M1 , ialah senjata semiautomatik 30 kaliber yang menggunakan lapan peluru. Ia merupakan senjata asas bagi Kor Tentera dan Marin Amerika Syarikat sehingga tahun 1960. Setelah itu ia digantikan dengan M16. John C. Garand, pereka bentuk kerajaan telah mencipta senapang M1 pada tahun 1929. | UMUM | |
| TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |