Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata see mas

Puisi
 

Kekalkan Mas Merah dari Seberang,
     Singgah sebentar ke Tanjung Puri;
Buah hati kekasih orang,
     Rindu kutanggung seorang diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kerana cenderawasih,
     merak mas (emas) dilepaskan.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAS

MAS, (1924 -     ), penulis Singapura. Dia lahir pada 6 Disember 1924 di Outram Road, Singapura. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ariff Ahmad. Dia menggunakan nama samaran M. Arba, Mas Malaya, Mas Tanjung Malim, Mas Tomo, M. Foerida, Minamoria, P.L. Raja Udang dan Perwira Jaya.

SASTERATokoh
SUNGAI MASSUNGAI MAS, pusat kerajaan dan pelabuhan di Lembah Bujang, kerajaan Kedah tua pada abad ke-5 M. Sungai Mas adalah salah sebuah anak sungai kepada Sungai Muda.  Di tebingnya terletak sebuah kampung yang dikenal dengan nama Kampung Sungai Mas.  Kampung tersebut terletak dalam daerah Kuala Muda.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MAS’UDIY, AL

Mas’udiy, al ( ? – ? ) menguasai banyak warisan

kesusasteraan pada zamannya yang merangkumi

pelbagai jenis ilmu.

UMUM 
‘ABDULLAH IBN MAS‘UD

‘Abdullah ibn Mas’ud (? –32 H./? –653 M.) ialah

salah seorang daripada para sahabat besar dan

berketurunan Huzaliy yang tinggal di Makkah. Dia

termasuk dalam kalangan golongan yang terawal

memeluk Islam. ‘Abdullah r.a. pernah berhijrah ke

Habsyah sebanyak dua kali. Di samping itu, dia turut

berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam

beberapa peperangan dan menjadi orang suruhan

nabi yang setia serta sentiasa menemani Baginda

sewaktu menyelesaikan sesuatu urusan dan

perjalanannya. Dalam Perang Badar, dia berlawan

dengan Abu Jahal.

UMUM 
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS)

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah

sistem penerbangan Malaysia yang memulakan

operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia

dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL)

yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean

Steamship Company of Liverpool, The Straits

Steamship Company of Singapore dan Imperial

Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura

dan Pulau Pinang.

UMUM 
MAS COTEK

Mas cotek, tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai telinga beruk atau serapat angin.

PERTANIANFlora dan Fauna
KERIS MASKERIS MAS (1922-1992), penulis dan Sasterawan Negara yang pertama (1981). Dia lahir pada 10 Jun 1922 di Bentong, Pahang. Nama sebenarnya ialah Kamaludin Muhammad.SASTERATokoh
MAS MARCO KARTODIKROMO

MAS MARCO KARTODIKROMO (1889-1932), nasionalis, wartawan dan penulis Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sumarko Kartodikromo. Dia lahir di Cepu, Jawa Tengah, Indonesia. Dia lebih terkenal dengan panggilan Mas Marco melalui tulisan dan kegiatannya dalam pergerakan antipenjajah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADI MAS

ADI MAS (1931-1973), editor dan penulis. Dia lahir pada 27 Ogos 1931 di Kampung Jawa, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Abdul Rashid bin Muhammad. Dia juga menggunakan nama pena Rashid, Sasterawan dan Seniman.

SASTERAKonsep
MALAYSIA AIRLINES (MAS)

MALAYSIA AIRLINES (MAS), syarikat penerbangan terbesar di Malaysia. Syarikat penerbangan ini menyediakan beberapa perkhidmatan seperti perkhidmatan domestik, perkhidmatan luar bandar dan perkhidmatan antarabangsa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
123456

Kembali ke atas