ORISSA | Orissa ialah negeri yang terletak di pantai timur laut India. Negeri ini hanya menerima kunjungan segelintir pelancong walaupun terkenal dengan Kuil Matahari di Konarak dan Kuil Jagannath di Puri. Di ibu negeri Orissa, Bhubaneswar, terdapat beberapa buah kuil yang paling cantik di India yang bertarikh tahun 600-an. | UMUM | |
KACA | Kaca ialah salah satu daripada bahan yang paling berguna di dunia. Kaca menghiasi kehidupan moden sama seperti segelintir bahan buatan yang lain | UMUM | |
SMITH, FANNY COCHRANE | Smith, Fanny Cochrane (1834–1905) barangkali merupakan anggota terakhir puak Orang Asli Australia dari Tasmania. Fanny Cochrane ialah seorang daripada segelintir kanak-kanak yang lahir di penempatan Wybalenna di Pulau Flinders. | UMUM | |
OLIGARKI | Oligarki adalah sebarang jenis kerajaan yang kuasanya dipegang oleh beberapa orang sahaja. Oligarki boleh didapati dalam beberapa bentuk. Sesebuah republik mungkin merupakan oligarki jika hanya segelintir orang yang mempunyai hak mengundi. Sesebuah aristokrasi, yang pemerintahnya datang daripada anggota komuniti yang “terbaik”, juga merupakan satu bentuk oligarki (lihat Aristokrasi). Dalam kebanyakan oligarki, kumpulan yang memerintah mempunyai kuasa melalui kekayaan atau kuasa tentera. | UMUM | |
SASTERA SUFI | SASTERA SUFI, hasil sastera yang mengandungi unsur sufi. Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M). Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan. Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.
| SASTERA | Konsep |
SMITH, IAN DOUGLAS | Smith, Ian Douglas (1919– ), menjadi Perdana Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai Zimbabwe – dari tahun 1964 hingga tahun 1978. Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom (UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan segelintir minoriti kulit putih untuk terus memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa restu United Kingdom. | UMUM | |
DEMAM CAMPAK | Demam campak ialah sejenis penyakit yang mengakibatkan ruam di seluruh tubuh. Penyakit ini ialah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit (boleh berjangkit melalui sentuhan). Lazimnya penyakit ini berlaku pada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga boleh dijangkiti. Di negara maju hanya segelintir yang dijangkiti penyakit itu menemui ajal. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menyebabkan kematian kepada ramai kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di negara membangun. Nama perubatan untuk penyakit campak ialah rubeola. Campak Jerman, yang dikenali sebagai rubella sebenarnya ialah sejenis penyakit yang berlainan, tetapi mempunyai tanda-tanda awal yang serupa. | UMUM | |
TANJUNG PINANG | TANJUNG PINANG, kota pelabuhan yang terletak di bahagian selatan Bintan, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia. Ia merupakan daerah terdapat di Riau dengan jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Kebanyakan mereka adalah pelaut Melayu dan segelintir penduduk Cina dan India. Kota ini telah dirasmikan menjadi ibu kota kabupaten. Kepulauan Riau semenjak tahun 1958. Selain menjadi pusat pentadbiran kerajaan, ia terus juga memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang-barang untuk daerah Riau-Lingga seperti masa dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |