Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segi empat yg mempunyai dua pasang sisi bertentangan yg sama panjang dan setiap sudutnya 90°. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segi empat yg mempunyai empat sudut tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEGI EMPAT TEPAT

Segi empat tepat ialah rajah bersisi empat

satah yang mempunyai empat sudut tepat.

Misalnya, papan hitam ialah segi empat tepat.

Segi empat tepat ialah segi empat selari yang

bersudut tepat. Kedua-dua sisinya yang

bertentangan adalah selari dan sama. Jika

keempat-empat sisinya sama, maka segi empat itu

ialah segi empat sama.

UMUM 
SISI EMPAT

Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat

sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat

yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi

empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam

segi empat selari adalah sama. Jika kesemua

sudut dalam segi empat selari adalah bersudut

tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua

empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi

empat selari yang mempunyai empat sisi sama

dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama.

Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d

dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt.

Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi

berlawanan dengannya.

UMUM 
ROTHKO, MARK

Rothko, Mark (1903–1970) ialah pelukis Amerika,

yang bertanggungjawab memulakan pergerakan

ekspresionis abstrak. Lukisannya yang terkenal

merupakan suatu pengubahan abstrak mudah,

besar dan jelas. Dalam karyanya, dia bergantung

sebahagian besarnya pada warna dan sempadan

yang tidak jelas pada bentuk segi empat tepat

untuk menghasilkan mood yang berlainan.

UMUM 

Kembali ke atas