KHAWARIJ | Khawarij ialah segolongan orang Islam yang hidup semasa zaman pemerintahan Sayidina Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat. | AGAMA | Konsep |
AHLI SUNAH WALJAMAAH | Ahli Sunnah Waljamaah, segolongan orang Islam yang mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam seperti yang terkandung dalam kitab suci al-Quran serta sunnah rasul-Nya. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
PERANAN SOSIAL | Peranan sosial ialah satu set perhubungan antara seseorang dengan orang lain atau anggota kumpulannya. Tingkah laku manusia dalam peranan sosial membolehkan wujudnya kehidupan masyarakat dan ahlinya. Sebagai contoh, individu yang berperanan sebagai seorang pesakit hospital menurut arahan doktor dan bekerjasama dengan kakitangan hospital. Hasilnya, pesakit ini mendapat makanan, ubat-ubatan, dan pelbagai layanan lain daripada segolongan individu. | UMUM | |