Peranan sosial ialah satu set perhubungan antara seseorang dengan orang lain atau anggota kumpulannya. Tingkah laku manusia dalam peranan sosial membolehkan wujudnya kehidupan masyarakat dan ahlinya. Sebagai contoh, individu yang berperanan sebagai seorang pesakit hospital menurut arahan doktor dan bekerjasama dengan kakitangan hospital. Hasilnya, pesakit ini mendapat makanan, ubat-ubatan, dan pelbagai layanan lain daripada segolongan individu. |