KOVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN | kovensyen sehari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Canselor, Universiti Malaya. | BAHASA | Kegiatan |
TAMU | Tamu, pekan sehari yang merupakan warisan kebudayaan masyarakat Sabah. Perkataan tamu berasal daripada perkataan ‘tamu’ yang didasari daripada bahasa Melayu Sabah. Tamu merujuk kepada pertemuan atau perjumpaan antara seseorang atau sebuah pihak untuk bertukar barangan dan perniagaan. Pengertian amnya ialah tempat orang ramai bertemu, berkumpul dan menjalankan aktiviti berjualan. | UMUM | |
TADIKA | Tadika ialah kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang biasanya berumur antara empat hingga enam tahun. Kanak-kanak tadika menghabiskan waktu beberapa jam sehari dengan guru yang menolongnya belajar melalui bermain dan aktiviti lain seperti lukisan, muzik, seni bahasa, pendidikan jasmani dan sains. Friedrich Fröbell seorang pendidik berbangsa Jerman mencipta perkataan tadika pada pertengahan tahun 1800-an. Nama itu berasal daripada dua perkataan Jerman yang bererti taman kanak-kanak . | UMUM | |
DUIT SYILING MAUNDY | Duit syiling Maundy diberikan oleh keluarga diraja British kepada lelaki dan wanita yang tertentu pada hari Khamis Suci (Maundy Thursday), sehari sebelum Good Friday. | UMUM | |
MEMBACA | Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan makna daripada perkataan bercetak atau bertulis. Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan satu daripada kemahiran yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah kunci kepada semua jenis maklumat. Ia membolehkan kita mempelajari cara membina atau memasang benda, menikmati cerita, mengetahui kepercayaan orang lain, melatih imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina idea dan kepercayaan kita sendiri. | UMUM | |
MATAHARI TENGAH MALAM | Matahari tengah malam ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada matahari yang dapat dilihat 24 jam sehari suntuk di kawasan kutub bumi. | UMUM | |
RIDLEY, JOHN | Ridley, John (1806–1887) ialah pereka mesin pemungut yang mengurangkan kos penuaian dan merevolusikan industri gandum di Australia. Dengan menggunakan mesin ini, peladang dapat memungut gandum sehingga lima hektar sehari. | UMUM | |
SENI POP | Seni pop ialah gerakan seni yang berasal di England pada tahun 1950-an tetapi menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. Banyak artis seni pop menggunakan ilustrasi komersial “bukan artistik”, biasa dan sehari-harian sebagai asas karya mereka. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh artis ini bersifat satira atau tidak serius dari segi isinya. Walau bagaimanapun, penggunaan bentuk dan tema daripada budaya rakyat oleh artis ini bertujuan untuk menurunkan nilai yang dianggap sebagai aspek-aspek yang terlalu sukar atau peribadi dalam bentuk seni halus tradisional. | UMUM | |
MENARA | Menara ialah binaan tinggi, biasanya lanjung, yang terdapat di rumah ibadat umat Islam yang dinamakan masjid. Kebanyakan masjid mempunyai dua hingga enam menara. Azan dilaungkan oleh muazin dari puncak menara untuk menyeru umat Islam bersolat lima kali sehari. Menara mempunyai satu atau dua balkoni tempat muazin berdiri. Menara boleh berbentuk bulat, segi empat, atau banyak segi. Kebanyakannya dibina daripada bata atau batu, dan mempunyai tangga di bahagian dalamnya. Menara adalah satu daripada ciri paling biasa dalam seni bina Islam. | UMUM | |
KILANG PERAS TENAGA | Kilang peras tenaga ialah istilah yang digunakan untuk kilang-kilang yang mengupah golongan papa kedana. Kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak yang bekerja bertungkus– lumus selama dua belas jam atau lebih sehari bagi mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupan. | UMUM | |