Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY

Rancangan Pergunungan Snowy ialah

projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat

besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini

sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera

Awam Amerika menggelarnya sebagai satu

daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan.

UMUM 
PETRARCH

Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali

yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan

pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga

seorang sarjana yang dihormati sehinggakan

pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch

mendahului dalam menemukan kehebatan penulis-

penulis klasik dan membantu memulakan

pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai

humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy

mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya

Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang

terpadam dalam perpustakaan di biara-biara.

UMUM 
EUTROFIKASI

Eutrofikasi ialah proses yang mempunyai kesan

ke atas tasik dan jasad air yang lain. Semasa proses

eutrofikasi, kualiti air yang terlibat akan turun

begitu ketara sehinggakan air ini tidak lagi boleh

digunakan oleh manusia

UMUM 
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL-

Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635

M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri

baru Islam. Nama penuhnya ialah al-

Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia

memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah

bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al-

Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam

yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan

Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah

dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai

pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid

menghantar bantuan kepadanya sebagai

permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina

‘Umar turut membantunya dengan menghantar

tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud

al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina

‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu

Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al-

Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d

ibn Abu Waqqas. Lihat Syam.

UMUM 
SERIBU SATU MALAM

Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi

hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan

yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar.

Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah

bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh

isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil

seorang anak dara lalu dinodainya, dan

dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi

takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka

sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di

bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada

seorang menteri.

UMUM 
MENGGOLEK BALAK

Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an

di kem balak di Kanada dan di utara Amerika

Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir

“menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu

dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka

mengadakan pertandingan untuk mendapatkan

pada setiap bahagian hujung kayu balak yang

terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan

begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau

mengundurkan pergerakannya dengan cepat

sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air.

UMUM 
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN

Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman

(207 H.–273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan

Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn

Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman

lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga.

Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil

alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia

suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil

dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara

merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya

Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah

sering mengadakan perundingan dengannya. Dia

banyak melakukan serangan ke atas negara

Perancis. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman dianggap

sebagai seorang ahli balaghah dan sastera.

UMUM 
KHATIJAH TERUNGHATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan ‘Terung’ kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung.SASTERATokoh

Kembali ke atas