TARIAN DABUS | TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MU‘AWIYAH IBN ABU SUFYAN | Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan (20 S.H. – 60 S.H./ 603 M.– 680 M.), pengasas Kerajaan Bani Umayyah di Syam. Nama penuhnya ialah Mu‘ayah ibn Abu Sufyan, Sakhar ibn Harb ibn Umayyah, al- Qurashiy, dari Bani ‘Abd Shams ibn ‘Abd Manaf. Dia lahir di Makkah dan memeluk Islam pada hari Pembukaan Makkah. Mu‘awiyah terkenal dalam bidang penulisan dan ilmu kira-kira, dan sehubungan dengan itu Rasulullah pernah melantiknya sebagai penulis Baginda. | UMUM | |