Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bermula dr, mulai, dari: dia hampir bingung ~ dua tiga hari yg lalu; ® semenjak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bermula dr: Dia tinggal bersama neneknya ~ kecil lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejak (kata tugas)
Bersinonim dengan bermula dari, mulai dari, semenjak, sedari, setarek.,

Puisi
 

Kain genggang bajunya putih,
     Jahit mari gigi belalang;
Sejak terpandang hatinya kasih,
     Tidak peduli nyawa hilang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mayang menolak seludang.

Bermaksud :

Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERAMPASAN

Perampasan adalah melibatkan rampasan

kenderaan komersial secara paksaan atau melalui

ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering

dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini,

perampasan banyak melibatkan kapal terbang

utama yang juga dikenali sebagai perampasan

kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir

tahun 1960-an perampas kapal terbang telah

merampas beberapa ratus kapal terbang.

Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian.

Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang

yang melibatkan penumpang terbunuh dan

kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara

mengenakan denda yang tegas kepada perampas

kapal terbang.

UMUM 
ERA KRISTIAN

Era Kristian ialah tempoh sejak kelahiran Jesus

Christ hingga kini.

UMUM 
PULAU EASTER

Pulau Easter ialah pulau di Lautan Pasifik

Selatan yang terkenal sebagai tempat terdapatnya

patung gergasi manusia yang diukir sejak ratusan

tahun yang lalu. Pulau ini terletak kira-kira 3700

kilometer ke bahagian barat Chile. Untuk lokasinya,

lihat Kepulauan Pasif i k (peta). Pulau Easter

diperintah oleh kerajaan Chile sejak tahun 1888.

UMUM 
OPERETA

Opereta ialah sejenis teater muzikal yang

popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga

tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada

opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun,

tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog

yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan,

dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali

lebih merupakan rangkai lagu daripada

pertunjukan itu daripada gubahan yang

berasingan, seperti dalam opera.

UMUM 
PERANG ARAB-ISRAELSiri perang antara negara-negara Arab dengan Israel sejak tahun 1947.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
NOK

Nok ialah tamadun Afrika Barat yang telah

berkembang sejak sekitar 500 S.M. sehingga

sekurang-kurangnya tahun 200 M. Nok berpusat di

lembah tempat bertemunya Sungai Niger dan

Sungai Benue. Hari ini Nok adalah nama sebuah

kampung di Nigeria, kira-kira 160 kilometer di timur

laut Baro.

UMUM 
MUZIK ARAB

Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik

sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain.

Bahkan mereka juga menulis pengetahuan

mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh

bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab

yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang

zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan

alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada

masa yang sama muzik Arab juga banyak

mempengaruhi muzik-muzik kawasan

berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi

muzik-muzik di negara-negara Eropah.

UMUM 
PERLUMBAAN LEBUH RAYAAcara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PRIMOGENITUR

Primogenitur ialah sistem pewarisan yang

diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak

beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung

dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki

yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka

(tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya.

UMUM 
EDDINGTON, SIR ATHUR STANLEYEddington, Sir Athur Stanley (1882–1944), ahli astronomi Inggeris, sejak awal telah berminat terhadap struktur alam semesta dan juga pergerakan dan susunan dalaman bintang-bintang.UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas