Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RICHARDS, VIV

Richards, Viv (1952– ), salah seorang

pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat

larian yang tertinggi dalam sejarah permainan

kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia

Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang

pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak”

yang berguna, dan seorang pemadang

yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards

bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian

daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian

dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang

terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan

membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St.

John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards

membuat shor sentri kelas pertamanya yang

keseratus pada tahun 1988.

UMUM 
NEGERI NAUNGAN

Negeri naungan ialah negeri lemah yang

dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri

naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa

berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara

“penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal-

hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan

semua perhubungan luar negeri untuk negeri

naungan dan mengawasi pertahanan negeri

naungan tersebut.

Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653–

1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell

memerintah England sebagai Raja Penaung.

Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja

penaung pada tahun 1658.

UMUM 

Kembali ke atas