ALLEN, HERVEY | Allen, Hervey (1889–1949), pengarang Amerika yang paling terkenal kerana novel roman sejarahnya Anthony Adverse (1933). Tulisan Allen kaya dengan sejarah yang terperinci berdasarkan kajian mendalamnya terhadap zaman Napoleon. | UMUM | |
SAN ANTONIO, | San Antonio, Texas (pend. 935 933) ialah salah sebuah bandar yang paling bersejarah di Amerika Syarikat. Sepanjang sejarahnya, San Antonio berada di bawah kawalan Sepanyol, Mexico, dan Republik Texas yang merdeka. Bandar ini dikenali sebagai Alamo City kerana menghormati Pertempuran Alamo yang berlaku di sini pada tahun 1836. | UMUM | |
NASIONALISME | Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik, nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti- parti politik nasionalis atau kebangsaan secara umumnya menekankan hak kebangsaan mereka untuk merdeka – iaitu “hak untuk menentukan kehidupan sendiri”. | UMUM | |
THUCYDIDES | Thucydides (460?–400? S.M.), ahli sejarah Yunani, menjadi ahli sejarah pertama di dunia yang bercita-cita untuk mencatat sejarah yang tepat dan tidak berat sebelah yang juga boleh mendedahkan perjalanan sifat kemanusiaan semula jadi dalam masyarakat. Bahan sejarahnya ialah perang besar di antara dua negara kota Yunani, Athens dan Sparta . Perang ini berlaku dari tahun 431 S.M. hingga tahun 404 S.M. Catatan Thucydides yang terkenal, History of the Peloponnesian War , berakhir pada tahun 411 S.M. | UMUM | |
BRYANT, SIR ARTHUR | Bryant, Sir Arthur (1899–1985) ialah ahli sejarah dan pengarang British. Karya sejarahnya termasuklah buku tentang Samuel Pepys dan biografi tentang Charles II dan George V. | UMUM | |
PATRIOTISME | Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan perasaan bersatu dengan negara. | UMUM | |
MATARAM | MATARAM, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia. Sejarahnya dapat dibahagikan kepada dua tahap utama iaitu pra-Islam dan Islam. Bukti kewujudan kerajaan Mataram terdapat dalam beberapa buah inskripsi. Inskripsi yang terawal dijumpai di dalam Candi Siva di Canggal, di bahagian timur laut Candi Borubodur, Jawa Tengah, yang bertarikh 732 M. Tulisan inskripsinya dalam bahasa Sanskrit. Maklumat yang terkandung dalam inskripsi tersebut adalah tentang Raha Sanjaya Mataram mendirikan sebuah ‘lingga’ di Kunjarakunja iaitu di Jawa Tengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
TARIAN GAMELAN | TARIAN GAMELAN, tarian tradisional negeri Pahang dan Terengganu. Tarian ini terkenal juga pada awalnya dengan nama joget Pahang. Mengikut sejarahnya, tarian ini mula berkembang di negeri tersebut pada akhir abad ke-19. Tarian ini merupakan tarian istana dan kegemilangannya digerakkan oleh kalangan istana. Pada sekitar tahun 1920-an, tarian ini mendapat tempat di istana Kuala Terengganu dan semasa di sini tarian ini juga dinamakan tarian yang mengandungi ‘cerita’. Nama tarian gamelan lebih merujuk kepada set alat bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TELEPUK | TELEPUK, seni menghias kain dengan perada emas. Biasanya telepuk digunakan untuk menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar, ataupun kain persegi yang dijadikan tengkolok atau tanjak. Telepuk mempunyai sejarahnya sendiri dan dianggarkan telah mula diusahakan sejak abad ke-17 hingga abad ke-18, apabila ia diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pedagang Bugis yang datang dari Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
DIALEK MELAYU PAHANG | DIALEK MELAYU PAHANG, dialek yang dituturkan oleh penduduk negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia (35 965 km persegi) mempunyai dialek daerah dan ragam khas yang begitu banyak. Faktor yang menyebabkan berlakunya demikian selain ketersebaran penduduknya di kampung-kampung yang dahulunya sangat terpencil antara satu sama lain ialah sejarahnya yang begitu lama sebagai daerah pertanian dan perlombongan. | BAHASA | Bahasa |