SUNGAI SAÔNE | Sungai Saône ialah laluan air di timur Perancis. Ia bermula berhampiran kaki bukit di Gunung Vosges dan mengalir sejauh 431 kilometer. Sungai Saône, cawangan Sungai Rhône yang terpenting bertemu di Lyon. Kapal ringan boleh belayar melaluinya sejauh 373 kilometer. Bandar perindustrian Chalon-sur-Saône terletak di tebingnya. Terdapat terowong yang menghubungkan Sungai Saône ke Moselle, Marne, Yonne dan Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta muka bumi). | UMUM | |
SUNGAI PARNAIBA | Sungai Parnaiba berpunca dari Pergunungan Tabatinga berhampiran sempadan negeri Goiás, Brazil. Sungai ini mengalir sejauh 1370 kilometer ke timur laut menuju Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta]). Ia merupakan sempadan di antara negeri Maranhão dengan negeri Piaui. Cabang utamanya meliputi Sungai Balsas, Gurgueia, Caninde, Poti dan Longa. Kapal mengangkut lilin carnauba, kapas, beras dan tembakau belayar kira-kira sejauh 480 kilometer dari Floriano ke bandar Parnaiba di pinggir Lautan Atlantik. | UMUM | |
SUNGAI MACQUIRE | Sungai Macquire mengalir sejauh 944 kilometer melalui New South Wales, Australia. Sungai ini bermula dari lereng sebelah barat Banjaran Pemisah Besar Oberon. Sungai ini mengalir ke arah barat laut melalui bandar Bathurst, Wellington dan Dubbo. Ia mengalir melalui Macquire Marshes dan bercantum dengan Sungai Barwon dan Sungai Darling Hulu. Petani di Lembah Macquire menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan babi. Kebanyakan kawasan pertanian ditanam dengan gandum, sayuran, buah-buahan dan tanaman makanan binatang. | UMUM | |
SUNGAI DON | Sungai Don ialah jalan air yang penting di barat daya Rusia. Sungai Don bermula dari sebuah tasik kecil dekat Tula. Sungai ini mengalir ke selatan sejauh 1963 kilometer hingga ke Laut Azov. Kapal besar boleh belayar di sungai ini sejauh kira-kira 1300 kilometer. Satu terusan menyambungkan Sungai Don dengan Sungai Volga, di tempat sungai-sungai ini terpisah 60 kilometer. Bahagian utara Sungai Don mengalir melalui kawasan hutan berpaya. Tetapi sebahagian besar sungai ini mengalir melalui ladang yang subur dan kawasan balak. | UMUM | |
PERLUMBAAN LEBUH RAYA | Acara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
TELEGRAF MELALUI DARAT | Telegraf melalui darat merentasi Australia sejauh 3568 kilometer dari Adelaide ke Darwin, tempat ia bersambung dengan rangkaian telegraf dengan Asia dan Eropah. Telegraf melalui darat yang pertama menghubungkan Port Augusta, di Australia Selatan dan Port Darwin, di Wilayah Utara. Kerja pembinaannya bermula pada tahun 1871 dan siap pada tahun berikutnya setelah mengalami banyak kesukaran. Kabel bawah laut dari Darwin ke Pulau Jawa juga mula beroperasi pada tahun 1872. | UMUM | |
SUNGAI PARAGUAY | Sungai Paraguay ialah sebatang sungai yang mengalir sejauh 2549 kilometer ke selatan melalui Paraguay, Amerika Selatan dan membahagikan negara Paraguay kepada dua bahagian. Sungai ini ialah cawangan Sungai Paraná dan berpunca dari kawasan tengah-selatan Brazil. Dari puncanya itu, Sungai Paraguay mengalir ke selatan lalu bersambung dengan Sungai Paraná di sempadan Argentina. | UMUM | |
SUNGAI LIMPOPO | Sungai Limpopo ialah sungai utama yang mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika (lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”, sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai Sungai Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut. Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah daripada lelehan air yang sedikit pada musim kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama Sungai Limpopo. | UMUM | |
TAY | Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay. Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth lalu masuk ke Teluk Tay. | UMUM | |
DERWENT | Derwent ialah sungai di Tasmania, Australia yang mengalir sejauh 195 kilometer dari Tasik St. Clair ke Teluk Storm. Hobart terletak di kuala sungai tersebut. | UMUM | |