TANAMAN | Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan manusia disebut tanaman makanan . Tanaman yang dimakan haiwan dinamakan tanaman makanan haiwan . Tanaman lain yang dinamakan tanaman serat, menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam untuk menghiasi persekitaran manusia. | UMUM | |
ANUITI | Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin, annus , yang bermaksud tahun . Polisi insurans, wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti. | UMUM | |
KORUM | Korum ialah sejumlah atau sebahagian ahli sebuah pertubuhan yang dikehendaki hadir mengikut undang-undang sebelum pertubuhan itu boleh bermesyuarat. | UMUM | |
MAPEL | Mapel ialah nama yang diberi kepada sejumlah besar pokok menarik yang tumbuh di China dan wilayah sederhana di utara dunia. Terdapat lebih kurang 150 spesies mapel yang berlainan. | UMUM | |
BIASISWA | Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk wang atau yuran yang diberikan percuma kepada pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan, atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya disifatkan sebagai penghormatan terhadap pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung, juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset berguna kepada masyarakat dan negara. | UMUM | |
DRAF | Draf merupakan perintah bertulis yang dibuat oleh satu pihak untuk mengarahkan pihak kedua untuk membayar sejumlah wang yang ditentukan kepada pihak ketiga. | UMUM | |
NOTA JANJI | Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa janji hendak membayar balik wang yang telah dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang harus dibayar balik itu biasanya lebih besar daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang menandatangani nota tersebut dikenali sebagai pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai tarikh tebus . | UMUM | |
SURAT KREDIT | Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank, mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan. Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membiayai pergerakan barangan antara negara-negara. Ia juga digunakan oleh para pengembara. | UMUM | |
KOS SARA HIDUP | Kos sara hidup ialah jumlah wang yang diperlukan untuk membeli sejumlah barangan pengguna dan perkhidmatan yang piawai. | UMUM | |
DAHAGA | Dahaga ialah keadaan yang menyebabkan badan memerlukan air. Persekitaran dalaman badan (organ dan tisu) memerlukan sejumlah air dan garam untuk berfungsi dengan baik. Terlalu banyak atau terlalu kurang air atau garam boleh memusnahkan dan merosakkan sel. Oleh sebab itu, manusia dan haiwan perlu mengawal pengambilan air. | UMUM | |