Manik Baily ialah titik cahaya yang sangat terang
yang dilihat sejurus selepas matahari lenyap di
belakang bulan atau muncul semula dari sebalik
bulan semasa gerhana matahari penuh (lihat
Gerhana).
Tashkent (pend. 1 986 000) ialah ibu negara
Uzbekistan , sebuah negara di Asia. Pada tahun
1991, sejurus sebelum Kesatuan Soviet dibubarkan,
Republik Uzbek telah mengisytiharkan
kemerdekaannya.
Perang Riddah. Kebanyakan Perang Riddah
berlaku di Semenanjung Tanah Arab selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w. Ia berlarutan sehingga
tahun 12 H. dan melibatkan kawasan geografi yang
luas di Semenanjung Tanah Arab (kecuali Makkah
al-Mukarramah, Madinah dan Ta’if). Usaha
memerangi golongan murtad telah dilakukan
sejurus sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w. di
kawasan yang dipengaruhi oleh al-Aswad al-‘Anasi
di Yaman dan Musaylamah al-Kadhdhab di
Yamamah.
Perang Jamal berlaku pada tahun 36 H.
bersamaan dengan 656 M., disebabkan oleh fitnah
yang berlaku di antara dua golongan orang Islam
selepas pembunuhan Khalifah Uthman ibn ‘Affan.
Golongan pertama di bawah pimpinan ‘Ali ibn
Abu Talib dan golongan kedua di bawah
pimpinan Umm al-Mu’minin ‘Aisyah, Talha ibn
‘Ubaydillah dan al-Zubayr ibn al-‘Awwam. Antara
sebab berlakunya perang ini kerana Sayidina ‘Ali
memecat semua gabenor pada zaman Sayidina
Uthman r.a. sejurus selepas pelantikannya sebagai
khalifah.
Bhumibol Adulyadej (1927– ) menjadi raja
Thailand pada tahun 1946. Dia merupakan raja
berdaulat yang kesembilan dalam dinasti Chakri,
yang diasaskan pada tahun 1782. Bhumibol menjadi
raja setelah abangnya Ananda, raja yang tidak
ditabalkan, ditemui mati ditembak pada tahun 1946
sejurus sebelum pertabalannya. Kematian Ananda
masih menjadi misteri.
Thanks for clicking. That felt good.