DENGKUR | Dengkur ialah bunyi garau dan terputus-putus semasa tidur. Hampir setiap orang pernah berdengkur sekali-sekala. Namun orang lelaki lebih kerap berdengkur berbanding dengan wanita dan kanak-kanak. Biasanya dengkur berlaku apabila orang yang tidur bernafas melalui mulut. | UMUM | |
SHEARWATER | Shearwater ialah nama sekumpulan burung laut yang hidup di lautan. Ia berbeza-beza panjangnya dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter. Shearwater berwarna perang atau hitam kekelabuan. Sesetengah spesies mempunyai perut putih. Ia mempunyai paruh yang bengkok sedikit, dengan lubang hidung berbentuk tiub. Burung ini terbang melayang di atas ombak, mengepak-ngepakkan sayapnya yang panjang, kurus sekali-sekala sahaja. Sesetengahnya terbang bersendirian, tetapi yang lain berhimpun berkawanan yang mungkin terdiri daripada ribuan ekor. Burung ini memakan ikan, sotong, dan krustasea kecil. | UMUM | |
TITI | Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan. Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi jantan dan betina lebih kurang sama besarnya. Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40 sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan serangga. | UMUM | |
TACHYCARDIA | Tachycardia ialah denyutan jantung yang terlalu cepat, dan juga dikenali sebagai debaran. Ia adalah sejenis penyakit organik. Terdapat beberapa jenis tachycardia, bergantung kepada ruang jantung di debaran itu bermula dan kekerapan debaran berlaku. Contohnya, paroksismal atrium takikardia ( PAT ) adalah denyutan jantung yang sangat laju yang bermula di ruang atas jantung ( atrium ) dan berlaku sekali-sekala. | UMUM | |
TUK PULAI CHONDONG | TUK PULAI CHONDONG (1792-1874), ulama. Dia lahir di Kampung Bukit, Pulai Chondong, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdush Shamad bin Haji Abdullah bin Imam Bira Patani. Tuk Pulai Chondong merupakan saudara dua pupu Syekh Daud bin Abdullah al-Fatani. Ayahnya Faqih Haji Abdullah bin Imam Haji Hasyim adalah imam di Kampung Bukit Pulai Chondong. Dia belajar di Pulai Chondong serta tempat lain di Kelantan dan sekali-sekala belajar di Patani. Ayahnya adalah ulama yang pakar dalam ilmu fikah, demikian juga dua orang saudara ayahnya iaitu Faqih Deramat dan Faqih Ali merupakan tokoh agama yang terkenal. Datuknya, Imam Haji Hashim merupakan pakar dalam bidang ilmu saraf, sehingga dia bergelar Tuk Saraf. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |