PENYALIN MANUSKRIP | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENYALIN MANUSKRIP, orang perseorangan yang menyalin teks hasil kesusasteraan tradisional. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional. Jarang sekali kita mengetahui nama pengarang kerana konvensyen sastera zaman dahulu tidak menggalakkan seseorang mencatatkan namanya pada karya yang dihasilkan. Sesebuah hasil kesusasteraan juga dianggap sebagai karya bersama seluruh masyarakat dan pengarang seolah-olah tidak berhak meletakkan namanya. Tidak meletakkan nama pada sesebuah karya juga merupakan amalan dalam perkembangan sastera lisan yakni seseorang dapat menambah dan mengurangkan bahan cerita sesuka hatinya kerana cerita itu dianggap hak bersama. | SASTERA | Kegiatan |
PENGASUH | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi. Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918. Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman. Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said. | SASTERA | Penerbitan |
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947. Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda. Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO). Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO. Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak. Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
SISTEM PERPULUHAN | Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai yang sama sekali berbeza dalam nombor 832 berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai. | UMUM | |
PANCARAN PENA | PANCARAN PENA, majalah yang diterbitkan di Singapura dengan keluaran pertamanya bertarikh 1 Mei 1939. Majalah ini diterbitkan dua minggu sekali dengan menggunakan tulisan Jawi. Editor pertama majaIah ini ialah Jaafar Abdul Rahman. Majalah ini diterbit dan dicetak oleh Pena Press Company, Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG | ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG, upacara menabalkan sultan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Upacara ini diadakan lima tahun sekali dan penuh dengan adat istiadat diraja. 1"> | BUDAYA | Konsep |
RISDA | RISDA, agensi berkanun. RISDA ialah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 Bilangan 85. Sebelum RISDA diwujudkan, pentadbiran pekebun-pekebun kecil getah dikelolakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama, sehingga nama LPGTS ditukar kepada RISDA menjelang tahun 1973. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kemudian sekali lagi RISDA berpindah pentadbiran ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada penghujung tahun 1992. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEKOLA MELAYU | SEKOLA MELAYU, akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura. Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu. Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura. | BAHASA | Kitab |
SURAH AL-RUM | Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun ...”. (Surah al-Rum 30:1–4) | UMUM | |
CENDERAMATA | CENDERAMATA, majalah rasmi Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan November 1923 dan diterbitkan dua kali setahun menurut penggal maktab ini pada masa sebelum merdeka. Kini majalah ini diterbitkan setahun sekali. Majalah Cenderamata selepas merdeka hingga kini berukuran 25 cm x 19 cm dan purata mengandungi 140 halaman. Majalah ini pada peringkat awalnya amat kurang memuatkan gambar kecuali terbitan selepas perang. 1"> | SASTERA | Karya |