Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang dikeluarkan semasa proses membuat besi jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam- logam lain. Sanga dari relau bagas keluli mengandungi sulfur dan silikat kalsium, magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau tembaga dan relau melebur plumbum mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli mengandungi kapur, besi oksida, dan silika. Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan untuk membuat simen dan jalan raya. |