PERSEPS | Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal. Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari organ-organ deria yang bertindak balas dengan tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak gelombang radiasi elektromagnetik merangsang mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi, tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan dan kedudukan tubuh. | UMUM | |
ALAM SEKITAR | Keadaan semula jadi di sekeliling manusia, haiwan, dan tumbuhan. Secara saintifik, alam sekitar juga dikenali sebagai biosfera yang terdiri daripada atmosfera, hidrosfera, dan litosfera yang merangkumi segala hidupan di bumi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
SUET | Suet ialah lemak putih, keras di sekeliling loin dan ginjal sesetengah haiwan, terutamanya lembu dan biri-biri dewasa. Suet yang cair membentuk lemak haiwan yang digunakan untuk membuat lilin dan sabun. Suet lembu digunakan untuk menggoreng dan memasak. Suet digunakan sebagai makanan burung. | UMUM | |
SKRU | Skru ialah satah condong yang berpilin di sekeliling acinya. Skru adalah satu daripada enam mesin ringkas yang dicipta pada zaman purba. Lima lagi adalah tuas, roda dan gandar, rapi, satah condong dan baji. Lihat Mesin (Enam mesin ringkas). | UMUM | |
IKAN RAMA-RAMA | Ikan rama-rama ialah ikan berwarna-warni yang tinggal di sekeliling terumbu karang di laut tropika, subtropika, dan sederhana | UMUM | Umum |
TENTAKEL | Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu. Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa sebagai makanan. Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska (Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong . | UMUM | |
MENGAIT | Mengait ialah satu kaedah membuat kain dengan menggelungkan benang di sekeliling jarum mengait dengan yang lain menggunakan satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf, dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian tersebut dapat meregang dan kembali semula kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil (Kain yang dikait). | UMUM | |
PERISAI KANADA | Perisai Kanada ialah kawasan besar dan berbatu yang melengkung di sekeliling Teluk Hudson . Bentuknya seperti ladam kuda gergasi. Perisai ini merangkumi separuh daripada kawasan bumi di Kanada. Ia termasuk kebanyakan Pulau Baffin, semua kawasan Labrador, sembilan per sepuluh Quebec, lebih separuh Ontario dan Manitoba , dan sebahagian besar Saskatchewan dan Wilayah Barat Laut. | UMUM | |
ATOM | Atom adalah salah satu daripada unit asas jirim. Segala-segala di sekeliling kita terbina daripada atom. Atom sangat halus – sejuta kali lebih halus daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling halus yang boleh dilihat di bawah mikroskop biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion atom. | UMUM | |
MAHKOTA | Mahkota ialah perhiasan bulat yang dipakai di atas kepala atau di sekeliling kepala sebagai simbol kuasa, merit, dan kehormatan. Mahkota diraja ialah simbol kuasa tertinggi raja atau permaisuri, tetapi biasanya dipakai pada upacara negara sahaja. Mahkota seperti itu diperbuat daripada emas, diukir dan dihiasi batu permata yang mahal. | UMUM | |