MENCUKUR BULU | Mencukur bulu ialah menanggalkan bulu biri-biri atau haiwan berbulu sepertinya (lihat Bulu biri-biri). Di kebanyakan bahagian di dunia, biri-biri dicukur bulunya sekali setahun. Pencukur bulu cuba menanggalkan bulu sekeping-sekeping. Kebanyakan pencukur bulu moden menggunakan pengetam berkuasa elektrik untuk menanggalkan bulu. Mereka boleh melakukan kerja dengan pantas. Seorang pencukur bulu biri-biri yang pakar boleh mencukur bulu sehingga 200 biri-biri atau lebih dalam masa sehari. | UMUM | |
SENAPANG BATU | Senapang batu ialah mekanisme menembak yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620 hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata senapang batu mengandungi sekeping batu api diselitkan dalam sekeping bahan yang yang dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik, pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api akan membidas sekeping besi pada paksi lalu mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama, piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup. Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil meletup dan mencucuh peledak utama di dalam laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah penuh dan sedia untuk menembak. Senjata senapang batu kemudiannya digantikan oleh senjata api yang menggunakan tudung tukulan. Lihat juga Senapang lantak; Senjata api. | UMUM | |
KAD KREDIT | Kad kredit ialah sekeping kad plastik yang membolehkan pemegangnya membeli barangan, perkhidmatan, dan (kadang-kadang) mata wang asing secara kredit | UMUM | |
PAPAN SELAJU | Papan selaju ialah sekeping papan yang dipasang empat roda dan digunakan dalam sukan papan selaju. | UMUM | |
DEKAL | Dekal ialah proses memindahkan reka bentuk bercetak, surat atau gambar dari sekeping kertas yang khas ke atas berbagai-bagai permukaan lain | UMUM | |
PAKU | Paku ialah pelekat yang paling meluas digunakan untuk melekatkan sekeping papan dengan papan yang lain. Paku juga boleh digunakan untuk mencantumkan papan dengan bahan-bahan, seperti kain, kepingan logam, dan wayar. Paku batu boleh melekatkan bahan-bahan pada bata dan konkrit. | UMUM | |
STEREOTAIP | Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini, pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak. Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar dicetak daripada plat ini. | UMUM | |
MIKROTOMI | Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop (lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi. | UMUM | |
SHILLING | Shilling ialah duit syiling dalam sistem mata wang British. Shilling ialah bersamaan dengan 12 pence, dan 1/20 daripada satu paun sterling. Shilling telah digantikan pada tahun 1971 dengan duit syiling yang mempunyai nilai yang sama dengan sekeping duit syiling lima pence yang baru. Bagaimanapun, shilling masih lagi menjadi unit kewangan di beberapa negara di Afrika. | UMUM | |
MERCATOR, GERARDUS | Mercator, Gerardus (1512–1594) ialah ahli geografi Belanda Belgium yang menjadi pembuat peta yang utama pada tahun 1500-an. Dia menjadi terkenal kerana menghasilkan peta dunia pada tahun 1569. Peta ini menunjukkan cara baru untuk melihat dunia yang berbentuk bulat di atas sekeping kertas leper. Kaedah ini dikenali sebagai projeksi Mercator. Ia sangat sesuai untuk pelayaran dan masih digunakan sehingga kini. | UMUM | |