Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.tul] | سکتول

Definisi : segumpal, sekepal (nasi, tanah, dll); sekerat (tulang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seketul

Peribahasa

Sekepal menjadi gunung,
     setitik menjadi laut.

Bermaksud :

Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENAGA

Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk

melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau

mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja

dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap

mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah

kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan

terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan

kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja

akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan

dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang

dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga

mekanik .

UMUM 
DAYA MEMUSAT

Daya memusat ialah daya yang memaksa

sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat.

Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya,

sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus

dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti

bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya

bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila

anda memusing seketul batu yang diikatkan pada

benang, anda mesti menarik benang itu untuk

menahan batu tersebut daripada melayang dalam

satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan

oleh benang pada objek itu ialah daya memusat.

UMUM 

Kembali ke atas